Social Icons

Pages

Wednesday, October 28, 2009

FADILAT HAJI DAN DORONGAN MEMPELAJARINYA

Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan Ibadat Haji Dengan mengunjungi Baitullah Iaitu sesiapa Yang mampu sampai kepadaNya. dan sesiapa Yang kufur (ingkarkan kewajipan Ibadat Haji itu), maka Sesungguhnya Allah Maha kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk. (Surah Ali Imran:97)

Dan sabda Rasulullah yang bermaksud: “Ya Allah ampunkanlah dosa orang yang melakukan haji dan dosa orang yang diminta pengampunan untuknya oleh orang yang melakukan haji.

Mulalah jemaah haji bersiap sedia untuk musafir, betapa besarnya pengorbanan musafir ini terpaksa berkorban meninggalkan segala yang dikasihinya, meninggalkan anak, tanah air, ahli keluarga tapi ke mana?!. Mereka pergi bermusafir ke negeri nabi yang dikasihinya, Demi Allah perjalanan ini lebih mahal dari segala apa yang dicintai kerana pemergiannya adalah menuju ke negeri kelahiran nabi kita Muhammad, mereka bermusafir ke Mekah dan Madinah kemudian ke Mina, Arafah dan Muzdalifah pada hari-hari itu kebanyakan perasaan mereka memberontak akibat rindu dan asyik. Mereka datang dari arah dan segenap pelusuk semata-mata dengan niat ke tanah suci. Tempat hidayah, petunjuk, tempat turunnya di mana wahyu ke atas nabi kita sambil bertahlil, bertakbir melaungkan kalimah Labbaikallahumma labbaik…… dengan penuh khusyuk. Diceritakan ada seorang perempuan masuk ke Mekah dan mula bertanya-tanya di manakan rumah Allah maka dikatakan kepadanya sekarang engkau akan melihatnya, apabila diperlihatkan kepadanya rumah itu maka mereka berkata kepadanya inilah rumah Allah lalu perempuan tadi bergegas kearah kaabah dan terus melabuhkan dahinya ke dinding kaabah dan apabila diangkat dahinya dilihat dia sudah tidak bernyawa lagi. Betapa indahnya saat-saat itu wahai saudaraku ketika mata terpaut kearah kaabah. Terdapat dalah hadis disunatkan kita berdoa ketika melihat kaabah.

Haji merupakan suatu perkara penting dalam Islam seperti juga solat, berpuasa dan zakat. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada hadis Abu Hurairah bahawa Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud “ Umrah kepada umrah yang lain adalah pengampunan antara keduanya dan haji yang mabrur tiada balasan kecuali syurga”. Allah Taala menjadikan haji yang mabrur keistimewaan yang tidak terdapat dalam sembahyang, tiada dalam zakat iaitu pengampunan dosa-dosa besar dan kecil seperti sabda nabi yang bererti siapa yang melakukan haji dan tidak mengurangkan rukun dan syaratnya dan tidak merosakkannya maka akan terlepas dari dosa-dosanya seperti hari ibu melahirkannya.

Beruntunglah mereka yang menunaikan haji sedang hajinya mabrur, dengan itu rebutlah peluang wahai saudaraku jika kamu bermaksud menunaikan haji tahun ini untuk menghadiri majlis ilmu untuk mempelajari hukum-hakam haji. Majlis ilmu yang memberi tunjuk ajar kepada kamu dengan cara yang betul. Sehinggalah haji yang kamu lakukan itu betul dan diterima oleh Allah Taala. Inilah asas: Ilmu sebelum beramal. Kebanyakan manusia hanya berebut-rebut untuk membawa bekalan pakaian, berebut-rebut menempah bilik yang selesa dan pengankutan yang selesa juga makanan yang lazat dan lain-lain. Dan tidak didapati pada mereka berebut untuk mempelajari hukum-hakam haji. Benarlah sabda nabi yang menjelaskan kepada kita bahawa sebahagian ibadah tidak diterima dari si pelakunya walaupun dia berpenat lelah melakukannya iaitu hadis yang bermaksud “ Ramai orang yang berqiamullai tetapi dia tidak dapat apa-apa kecuali kepenatan dan berjaga malam, ramai orang yang berpuasa dia tidak mendapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga.

Allah Taala berfirman yang bermaksud:
Dan hendaklah kamu membawa bekal Dengan cukupnya kerana Sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu Wahai orang-orang Yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).Surah Al-Baqarah:197

Sebelum musafir kita hendaklah membawa bekalan ilmu pengetahuan sebelum bekalan yang lain semoga ibadah yang kita lakukan diterima oleh Allah Taala.

Tuesday, October 27, 2009

IBADAH HAJI

NASIHAT DAN HIKMAH
Allah ta’ala berfirman yang maksudnya: Dan ingatkanlah peristiwa ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah untuk membinanya, lalu Kami berfirman kepadanya: "Janganlah Engkau sekutukan sesuatu pun denganKu, dan bersihkanlah Rumahku yakni Kaabah ini bagi orang-orang Yang tawaf, dan orang-orang Yang berdiri dan Yang rukuk serta Yang sujud yakni mengerjakan sembahyang.
"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan Ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke rumah Tuhan mu (Baitullah) dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta Yang kurus Yang datangnya dari berbagai jalan dan ceruk rantau Yang jauh.
"Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara Yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari Yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka Dengan binatang-binatang ternak untuk dijadikan korban; Dengan Yang demikian makanlah kamu dari daging binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang Yang susah, Yang fakir miskin. [surah Al-Hajj : 26/27/28 ]

Sesungguhnya Allah telah memenuhi permintaan nabi Allah Ibrahim alaihissalam dan menjadikan ka’bah sebagai tempat distinasi jutaan ummat islam yang mengujunginya
setiap tahun dari segenap pelusuk dunia , dari timur mahupun barat, dengan berlainan bangsa, bahasa dan warna kulit, tiada yang membezakan samaada kaya mahupun miskin, besar mahupun kecil, arab mahupun ajam kecuali taqwa. Firman Allah ta’ala yang bermaksud:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, [bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya]. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya akan keadaan dan amalan kamu. [surah al-hujurat:13]

Amalan haji serta pensyariatannya mempunyai faedah dan hikmah yang begitu besar serta memiliki keistimewaan yang agung, “kalaulah kebanyakan manusia itu tahu akan keistimewaannya nescaya mereka akan berlumba-lumba mendapatkannya. Haji merupakan muktamar tahunan yang besar, menghimpunkan padanya jutaan umat islam dibawah satu kalimah “tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah”. Disana mereka bermunajat kepada Allah disamping bernenal-kenalan dan bersatu hati antara mereka, dari situ kita akan dapati betapa besar dan agungnya persaudaraan sesama islam. Semua para haji ketika itu memakai pakaian ihram sambil melaungkan “ Labbaikallahumma labbaik,Labbaika la syarika laka labbaik,Innalhamda wannikmata laka walmulk la syarikalah!!!”
Ketika itu mereka masing-masing mengasingkan diri mereka daripada keseronokan kehidupan dunia yang bakal musnah, kecil, besar, kaya, miskin sama sahaja tiada yang lebih kecuali dengan takwa. Sebagaimana sabda nabi : “tiada kelebihan orang Arab berbanding A’jam (bukan Arab) dan tiada kelebihan A’jam berbanding orang Arab kecuali takwa. Haji merupakan latihan fizikal bagi manusia bagi melatih kesabaran, menanggung kesengsaraan dan kepayahan untuk berdepan dengan masalah-masalah hidup dan untuk mendapat darjat yang tinggi serta kemenangan menduduki syurga Allah yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.

Ibadah haji yang dikerjakan oleh para jemaah mempunyai hikmah dan tauladan yang besar, para haji ketika melaungkan talbiah dengan suara yang lantang dapat mengingatkan kita dengan hari kiamat ketika Israfil meniupkan sangkakalanya maka ketika itu kubur merekah dan keluar daripadanya manusia secara beramai-ramai. Firman Allah Taala yang bermaksud . pada hari itu manusia akan keluar berselerak dari kubur masing-masing untuk diperlihatkan kepada mereka balasan amal-amal mereka.Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya dalam surat amalnya!.Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya dalam surat amalnya!

Ketika jemaah haji mengerjakan sa’ie antara sofa dan marwah, ia dapat mengingatkan tentang mekah al-mukarramah yang menjadi tempat turunnya wahyu dengan suasananya yang aman tenteram. Ia juga mengingatkan kita akan kesabaran nabi dan para sahabatnya dalam menyebarkan dakwah islam. Sa’ie merupakan tanta isyarat untuk menghidupkan kembali kesan sejarah lampau, kerana pada tempat itulah Hajar iaitu ibu kepada nabi ismail yang sanggup memikul bebanan walaupun dia ditinggalkan suaminya iaitu nabi Ibrahim semata-mata ingin menurut perintah Allah, dia ditinggalkan di tempat yang tiada air , walaupun begitu dia terus menerus bermundar mandir dari sofa ke marwah demi mencari air untuk diri dan anaknya dengan bekalan taqwa yang tinggi akhirnya memberi jalan keluar kepada mereka maka terpancarlah air zamzam, Firman Allah yang bermaksud: Dan sesiapa Yang bertaqwa kepada Allah dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar dari Segala perkara Yang menyusahkannya, dan Allah akan memberi rezki kepadanya dari jalan yang tidak dia sangkakan. [surah at-tholak:2,3]
.
Adapun wukuf di arafah terdapat pengajaran yang boleh diambil, para haji apabila melihat ribuan manusia di atas Bukit Arafah mengingatkan mereka hari kiamat, apa yang berlaku ketika berada di padang Mahsyar. Para haji akan melihat manusia bersesak-sesak dengan dasyatnya atas Bukit Arafah dan mendengar suara doa mereka bermunajat kepada Allah dalam keadaan tunduk, khusuk mengharapkan rahmatnya serta takut akan azabnya. Mereka berdoa dengan bahasa yang berbagai, warna kulit yang berbeza. Semua ini mengingatkan mereka tentang hari kiamat.

Adapun melempar jamrah ianya merupakan suatu ibadah dan membuktikan kepatuhannya kepada Allah Taala. Ketika melempar jamrah para haji dapat mengingati kembali bagaimana syaitan muncul di hadapan nabi Ibrahim dan padanya juga memberi isyarat penentangan mereka terhadap syaitan seolah-olah orang yang melontar itu berkata kepada dirinya bagi syaitan “ kalaulah kamu wahai syaitan muncul di hadapan kami sebagaimana kamu muncul di hadapan nabi Ibrahim nescaya kami akan melempar kamu dan menghina kamu” dan bukanlah tempat itu rumahnya syaitan.

Adapun tawaf antara hikmahnya adalah bahawa tawaf dikeliling kaabah menjadi suatu simbol daripada simbol-simbol pengabdian kepada Allah semata-mata dan menyahut perintahnya kerana Allah lah yang memerintahkan kita tawaf mengelilingi kaabah sebagaimana Dia yang memerintahkan kita menghadap ke kiblat yakni kaabah ketika sembahyang. Jadi hikmah tawaf ialah mengzahirkan penetapan hamba dalam mentaati Allah seolah-olah orang yang melakukan tawaf berkata walau sebanyak manapun kami pusing dan walau dimana kami berada kami tetap dalam mentaati Allah.

Mudah-mudahan segala amalan baik yang kita kerjakan diterima oleh Allah.

Tuesday, September 8, 2009

MENYINGKAP RAHSIA LAILATUL QODAR

LAILATUL QODAR TERLEBIH BAIK DARI SERIBU BULAN

Kini kita berada dalam bulan ramadhan dan sedikit masa lagi kita akan menempuh sepuluh terakhir bulan ramadhan yang penuh dengan kelebihan dan keberkatan, sesungguhnya nabi kita bersungguh-sungguh melakukan ibadah pada sepuluh terakhir dengan beriktikaf di masjid.

Bulan Ramadhan yang penuh berkat ini Allah telah mengkhaskan suatu pengkhususan yang tidak diperolihi pada bulan-bulan yang lain, padanya diturunkan Al-Quran, dan padanya jugalah diturunkan Injil kepada nabi Isa dan taurat kepada nabi musa. Padanya terdapat satu malam yang terlebih baik dari seribu bulan, pada malam tersebut diperintahkan jibril alaihissalam supaya diambil daripada lauh mahfuz Al-Quran lalu diturunkan sekaligus di Baitul izzah di langit yang pertama kemudian setelah itu diturunkannya ke dunia secara berangsur-angsur. Dan setelah mana sempurna penurunannya iaitu setelah berlalu masa dua puluh tiga tahun , maka nabi mula mengajar sahabat-sahabat tentang penyusunan kitab Al-Quran dan bacaannya sebagaimana yang kita lihat hari ini iaitu mula dengan surah Al-fatihah dan berakhir dengan surah Al-Naas.

Lailatul qodar bukan sahaja malam diturunkan Al-Quran padanya, Malah padanya juga Allah ta’ala perlihatkan kepada malaikat-malaikatnya tentang takdir(ketentuan Allah) untuk tahun akan datang, dari segi kematian, kehidupan, balapetaka, kenikmatan, kesihatan dan lain-lainnya, dan inilah yang dimaksudkan dalam Al-Quran yang maksudnya: Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah [surah ad-dukhaan:4]

Lailatul qodar bukan hanya tertumpu pada malam dua puluh tujuh semata-mata, ianya boleh jadi berlaku mana-mana malam dibulan ramadhan, tapi ianya tidak akan terjadi selain bulan ramadhon. Kebiasaannya berlaku pada sepul;uh terakhir bulan ramadhan,

Ini adalah peluang keemasan, siapa yang ingin menghidupkan lailatul qodar hendaklah dia sentiasa bersedia mentaati Allah dengan menuruti garis panduan yang di perintahkan oleh Allah terhadapnya. Hidupkanlah ramadhan dengan berzikir kepada Allah, hidupkanlah dia dengan beristighfar, melakukan solat sunat, bertadarrus al-quran. Bagi mereka yang masih belum menggantikan solat fardhu yang ditinggalnya maka dia hendaklah berkerja keras menggantikan solat tersebut daripada melakukan solat sunat kerana ulama’ ada mengatakan “sesiapa yang menyibukkan dirinya melakukan yang fardhu semata-mata dan meninggalkan yang sunat maka dia dimaafkan, tapi sebaliknya jika dia melakukan yang sunat sedangkan yang fardhu dia tinggalkan maka dia sebenarnya telah ditipudayakan oleh syaitan. Syaidatina aisyah pernah menanya nabi tentang apakah doa yang perlu di baca apabila melihat lailatul qodar, maka rasulullah mengatakan padanya: “katakanlah : اللهم إنٌك عفوٌ تحب العفو فاعف عنٌي

Mereka yang melihat lailatul qodar dengan dua biji matanya akan mengenal pasti dan akan melihat perbezaan malam tersebut dengan jelas, antaranya dia akan melihat suatu cahaya yang bukan dari cahaya bulan, matahari atau lampu, dan dia juga akan mendapati sinaran matahari pada subuh keesokan hari tersebut berbeza dengan hari-hari yang lain. Ada sebahagian manusia yang melihat pokok-pokok sujud pada malam tersebut samaada secara sedar atau melalui mimpi. Sesiapa yang dapat melihatnya dalam mimpi maka itu adalah petanda baik dan sesiapa yang diberi peluang oleh Allah melihatnya secara sedar maka banyakklanlah berdoa ketika itu. Doakanlah untuk orang islam agar Allah angkat kesengsaraan terhadap mereka, dihindari dari bala petaka.

Ingat mengingatlah sesama kita agar memperbanyakkan ibadah setiap hari sepanjang bulan ramadhan , sehingga kita mengenai malam yang penuh keberkatan itu..

( كلٌ عام وأنتم بخير )

Thursday, September 3, 2009

MELAKUKAN TAHNIK TERHADAP BAYI YANG BARU LAHIR

Tahnik atau yang dikenali dengan belah mulut terhadap bayi merupakan salah satu daripada ajaran Nabi kita yang dilakukan sejurus selepas bayi dilahirkan. Oleh itu, sebagai seorang Islam hendaklah mengambil berat untuk mengamalkan petunjuk ini.

Tetapi, apakah yang dimaksudkan dengan tahnik Ini dan hikmah di sebalik perbuatan ini?
'Tahnik bermaksud memamah kurma dan menggosok kurma yang dimamah itu ke gusi bayi. la dilakukan dengan meletakkan sedikit kurma ke dalam mulut bayi, kemudian digerak-gerakkan ke kanan dan kiri dengan lemah lembut. Sehinggalah mulut bayi tersebut dapat mengecapi kurma yang dimamah tadi. Sekiranya tidak mempunyai buah kurma, lakukanlah tahnik ini dengan apa sahaja yang manis demi mencontohi sunnah dan sebagai tanda mengikut apa yang dilakukan oleh baginda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.

Mungkin antara hikmahnya ialah disebalik perbuatan ini bertujuan menguatkan otot-otot mulut dan rahangnya dengan pergerakkan lidah ketika tahnik ini dilakukan dan melatih bayi menyusu dengan cara semulajadi ( tabi’i ). Lebih afdal sekiranya tahnik ini dilakukan oleh seorang yang cukup dikenali dengan ketakwaan dan orang yang soleh demi mengambil keberkatan daripadanya. Mudah.-mudahan bayi itu akan mengikut jejak langkah beliau. – Rujuk kitab Tarbiyat al-Aulad, karya Abdullah Alwaan, jil. 1ms.77.

Imam al-Bukhari dan Muslim menyebut tentang hadis Abu Bardah yang dinukilkan daripada Abu Musa Radiallahu anhu katanya:
“ Telah dilahirkan untukku seorang bayi lelaki lalu membawanya kepada Nabi dan baginda menamaknnya Ibrahim lalu ditahnikkannya dengan sebiji buah kurma. Manakala al-Bukhari pula menambah: Nabi mendoakannya agar mendapat keberkatan lalu menyerahkannya kepadaku. Anak itu merupakan anak sulung Abu Musa.” – Hadis riwayat al-Bukhari dalam kitab al-Akikah, jil.3, ms 303 dan dalam kitab al-Adab, jil. 4, ms 8. Manakala Muslim dalam kitab al-Adab, hadis no:24.

Anas bin Malik r.a berkata:
“ Abu Talhah mempunyai seorang anak yang ketika itu sedang sakit. Ketika abu Talhah keluar, anak itu telah meninggal dunia. Apabila kembali ke rumahnya, beliau bertanya tentang keadaan anak itu. Jawab Ummu Sulaim: Dia lebih tenang sekarang lalu beliau menghidangkan makan malam. Setelah selesai makan malam, mereka telah melakukan jimak(bersetubuh). Setelah selesai, isterinya berkata: Anak itu telah tiada lagi.
Pada keesokkan paginya, Abu Talhah telah menemui Rasulullah dan menceritakan kejadian malam itu kepada baginda lantas bersabda: Adakah kamu bersetubuh malam tadi? Jawab beliau: Ya! Lalu baginda berdoa: Ya Allah! Berkatilah mereka berdua. Lalu lahirlah seorang bayi lelaki.
Abu talhah berkata kepadaku: Bawalah dia menemui Nabi dan beliau mengirimkan bersamanya beberapa biji buah kurma lantas Nabi mengambilnya. Baginda bertanya: Adakah bersamanya sesuatu? Jawab mereka: Ya! Beberapa biji buah kurma. Nabi mengambilnya dan memamahnya hingga hancur kemudian diletakkan kedalam mulut bayi itu sambil baginda mentahmidkannya dan menamakan dia Abdullah.”- Hadis riwayat al-Bukhari:5470 dan muslim:2144.

Tuesday, August 4, 2009

Menanti Ketibaan Bulan Ramadhan

Sambutan Bulan Ramadhon

Kita sekarang ini hanya menghitung hari, menantikan ketibaan bulan mulia, bulan yang dirindui, bulan yang dibuat janji untuk mentaati Allah sebanyak-banyaknya, bulan yang amat sesuai untuk kita menambah bekalan serta mengharap keredhoan Allah.

Ramadhon merupakan penghulu segala bulan, ia adalah bulan yang dipenuhi dan dilimpahi dengan segala keharmonian. Di dalamnya terdapat satu malam yang terlebih baik dari seribu bulan iaitu malam lailatul qodar yang dinantikan.

Ramadhon adalah bulan penyucian jiwa dari kesalahan dan dosa-dosa, bulan yang penuh keberkatan, bulan yang awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya selamat dari api neraka.

Ramadhon adalah bulan untuk menggiatkan amal ibadah, bantuan, memberi makan kepada yang memerlukan, bulan membaca Al-Quran, beri’tikaf di masjid, bukan bulan untuk bersantai, tidur banyak, malas, makan makanan yang enak lagi mewah tetapi Ramadhon adalah bulan zuhud iaitu bulan untuk mengajar dan menyekat hawa nafsu daripada memenuhi keinginannya kepada kelazatan yang memukau.

Kawan-kawanku..

Tanamkanlah azam dalam hatimu pada bulan Ramadhon ini untuk mengikuti jejak langkah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang pernah menempuhi kesusahan selama berbulan dapur rumahnya tidak berasap dan apabila beliau makan pada selain bulan ramadhon beliau hanya makan sembilan suapan pada paginya dan sembilan lagi pada petangnya, tidak lebih dari itu. Ingatlah selalu firman Allah ta’ala yang bermaksud: “Tiadalah kehidupan dunia ini kecuali kesenangan yang memperdayakan.” [surah aali’imran: 185]

Janganlah penuhi fikiran kita dengan memikirkan makanan apakah yang kita nak jadikan hidangan berbuka, tetapi fikirkanlah “masjid manakah yang kita akan hadiri.. marilah kita sama-sama berpesan-pesanan meninggalkan amalan bermewah-mewah kerana merutimkan hidangan makanan mewah setiap hari tidak mendatangkan kebaikan kerana itu bukanlah cara hidup para wali dan nabi-nabi.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: awasilah dirimu daripada bermewah-mewah kerana para-para nabi bukanlah hidup dengan bermewah-mewah. Rasulullah pada kebanyakan harinya hanya makan tamar beserta air sahaja dan kadang-kadang roti bersama kuah itupun jarang-jarang.


Puasa Ramadhan Dan Kelebihannya

PUASA RAMADHAN DAN KELEBIHANNYA

Puasa dibulan Ramadhan tidak boleh ditetapkan begitu sahaja bahkan ia wajib diketahui melalui melihat anak bulan atau telah cukup 30 hari bulan sya'aban.

Sabda Rasulullah:

لا تقدموا رمضان بيوم أو يومين صوموا لرؤيته وأفطروا لرؤيته فإن غم عليكم فإكملوا عدة شعبان ثلاثين يوما

Yang bermaksud : Jangan kamu mendahului puasa dan berbuka puasa sehari atau dua hari sebelum tiba bulan ramadhan dengan cara melihat anak bulan, jika tidak kelihatan maka hitunglah sehingga cukup 30 hari dalam bulan sya'aban.

Dan ketahuilah bahawa kefardhuan puasa dibulan Ramadhan telah difardhukan pada tahun kelapan hijrah, dan Rasulullah sallallahualaihiwasallam telah berpuasa bulan Ramadhan sebanyak 9 tahun dan wafat selepasnya.

Dan kewajipan berpuasa dikira sebagai satu kewajipan diatas semua orang Islam samaada alim ataupun jahil, maka barangsiapa yang mengingkari akan kewajipannya maka dia adalah kafir.

Adapun sesiapa yang tidak berpuasa tanpa uzur yang dibenarkan dan dia masih lagi beriktiqad akan kewajipannya maka tidaklah dikira kafir, tetapi disebut sebagai orang Islam yang maksiat dan tergolong dari kalangan orang-orang yang melakukan dosa-dosa besar., dan mengikut keadilannya Allah berhak mengazab mereka dengan azab yang amat pedih pada hari kiamat.

Ibadah puasa sama juga dengan ibdah-ibadah yang lain, yang wajib menyempurnakan syarat, wajib, fardhu, perkara-perkara yang membatalkan puasa.Maka tidak dapat tidak mengetahui dan memeliharanya adalah satu kemestian.

Syarat-syarat Wajib :

Adapun syarat-syarat wajip puasa iaitu satu kewajipan diatas setiap orang Islam yang baligh, beraqal, mampu berpuasa.

Maka tidak sah puasa orang kafir dan juga murtad (Murtad iaitu mereka yang dahulunya Islam kemudian mereka keluar dari Islam dan mereka adalah kafur)

Dan tidak sah puasa mereka yang datang haidh dan nifas dan jika mereka berpuasa juga dalam keadaan masih ada darah maka maksiat keatas mereka dan tidak sah serta menqhodakkan akan keduanya.(haidh atau nifas)

Dan tidak wajib berpuasa keatas kanak-kanak yang belum baligh, akan tetapi wajib keatas penjaganya menyuruh mereka berpuasa jika telah cukup umur kanak-kanak tersebut 7 tahun serta berupaya berpuasa, dan memukul kanak-kanak yang telah berumur 10 tahun jika dia tidak berpuasa dalam keadaan dia mampu, dan tidak wajib keatas mereka mengqhodokkannya jika ia tidak berpuasa.

Dan tidak wajib keatas orang gila berpuasa dan qodho, dan tidak wajib keatas orang sakit ( iaitu sakit yang akan merosakkan puasa tersebut ), dan juga orang yang bermusafir jauh akan tetapi keduanya wajib diqhodok

Dan jika dia berpuasa juga maka tetap sah akan tetapi jika menjadikan mudharat maka hukumnya haram keduanya.

Fardhu puasa :

Fardhu puasa ada 2: Niat dan menahan diri.

Maka adalah niat itu tempatnya didalam hati dan wajib menetapkan berlakunya niat tersebut pada waktu malam sebelum terbit fajar setiap hari pada bulan Ramadhan.

Walau seseorang itu berniat selepas matahari terbenam ( waktu maghrib ) sebelum datang keesokan harinya maka sah puasanya dengan niat tersebut.dan bukanlah menjadi syarat seseorang itu berulang-ulan niat selepas makan.

Dan turut wajib menetapkan niat berpuasa bulan ramadhan.dan inilah pegangan mazhab Syafie'.

Dan yang terbaik adalah seumpama berkata didalam hati :

نويت صوم غد عن أداء فرض رمضان هذه السنة إيمانا واحتسابا لله تعا لى

Sahaja Aku berpuasa pada keesokan hari bagi menunaikan kefardhuan Ramadhan pada tahun ini beserta keimanan dan meminta balasan kebaikkan kerana Allah ta'ala

Dan dibolehkan disisi mazhab Imam Malik seseorang yang berniat dengan sebulan penuh dengan syarat tidak dapat tidak mestilah berniat pada malam awal Ramadhan.

Seumpama niatnya : Sahaja aku berpuasa 30 hari dari bulan Ramadhan pada tahun ini. Kerana Allah ta'ala.

Menahan diri : Iaitu menahan diri dari makan, minum, memasukkan sesuatu benda dari bahagian kepala dan perut dan sebagainya dari tempat yang terbuka seperti mulut, hidung, qubul dan dubur.

Adapun sesiapa yang makan dan minum dalam keadaan terlupa walaupun banyak sekalipun tidak rosak akan puasanya walaupun juga ianya puasa sunnat.

Sabda Rasulullah:

من نسي وهو صا ئم فأكل أو شرب فليتم صومه فإنما أطعمه الله وسقاه

Yang bermaksud: Sesiapa yang lupa dan dia dalam keadaan berpuasa maka dia makan atau minum maka sempurnakanlah puasanya kerana Allah telah memberikan makan dan minum kepada mereka.( Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhary )

Dan wajib mereka menahan diri dari muntah iaitu contohnya memuntahkan dengan mengunakan tangan dan selainnya. Dan jika muntah tersebut keluar dengan sendirinya maka tidak terbatal puasa tetapi mesti membersihkan saki baki muntah yang berada didalam mulut dan diluar mulut.

Begitu juga wajib seseorang menahan diri dari jimak dan mengeluarkan mani dengan sendiri atau selainnya., adapun jika keluarnya mani dengan sendirinya seumpama berkhayal atau melihat perkara yang mendatangkan syahwat sehingga keluar air mani atau semasa tidur disiang hari tanpa datang padanya syahwat maka ianya tidak membatalkan puasa.

Begitu juga wajib menahan diri dari kekufuran dan tetap dalam Islam pada Ramadhan dan selainnya kerana kufur itu adalah sebesar-besar dosa dan kekufuran tersebut menghapuskan pahala amalan, maka hendaklah berterusan dengan keimanan bagi mereka yang berpuasa syarat bagi sah puasa keran kufur itu membatalkan puasa.

Kufur terbahagi kepada 3 :

Kufur iktiqadi, seperti beriktiqad sesungguhnya Allah itu jisim atau Allah berada ditempat atau Allah duduk diatas langit atau arasy atau menyamakan Allah dengan sifat-sifat makhluk

Kufur perbuatan, seperti melempar mushaf ditempat yang kotor.

Kufur perkataan, seperti menghina Allah atau mana-mana Nabi Allah atau mana-mana malaikat, menghina kefardhuan solat atau puasa atau hukum-hukum agama.

Dan diantara perkara yang lain membatalkan puasa iaitu makan walaupun sebiji nasi atau meminum setitis air atau ubat. Begitu juga memasukkan sesuatu kedalam hidung atau mulut atau qubul atau dubur.Adapun jarum yang dimasukkan dikulit maka ianya tidak membatalkan puasa.

Dan rosak puasa tersebut bagi mereka yang hilang aqal sepanjang hari dari waktu pagi sehingga petang dan begitu juga bagi mereka yang datang gila walau sekejap.

Begitu juga bagi perempuan yang datang haidh atau nifas pada siang hari walaupun sebelum matahari terbenam.

Semoga puasa kita diterima oleh Allah dengan bertunjangkan dengan aqidah yang sebenar iaitu aqidah ahlus sunnah waljamaah diantaranya beriktiqad "Allah tidak menyerupai makhluk sama sekali..

Wallahua'lam.

Sunday, July 19, 2009

Ringkasan Peristiwa Israk & Mikraj

Allah ta’ala berfirman dalam surah Al-Israk ayat 1 yang bermaksud: “Maha suci tuhan yang memperjalankan hambanya Muhammad pada malam hari dari masjidil haram ke masjid Al-Aqsor yang telah kami berkati disekelilingnya supaya kami perlihatkan kepadanya sebahagian ayat-ayat (tanda kekuasaan) kami.”

Mukjizat peristiwa Israk telah di teguhkan dengan kenyataan nas Al-Quran dan juga hadis yang soheh, maka menjadi suatu kewajipan atas umat islam mempercayai bahawa Allah telah mengisrakkan (memperjalankan) nabi kita Muhammad sallallahu alaihi wasallam pada hanya dalam satu malam daripada mekah ke masjid Al-Aqsor, perkara ini sudahpun disepakati oleh golongan-golongan yang benar baik dari kalangan salaf mahupun khalaf, samaada dari kalangan ulama’ hadis , ulama’-ulama’ tauhid , ulama’-ulama’ tafsir atau ulama’-ulama’ feqh semuanya mengatakan pendirian bahawa israk nya nabi adalah dengan jasad dan ruh.

Antara keajaiban yang dilihat oleh nabi ketika israk adalah:

Dunia : Nabi melihat dunia dengan gambaran orang tua yang sangat berumur.
Iblis : Nabi melihat iblis yang cuba menghalang perjalanannya.
Kubur Mashitah binti Firaun: Nabi melihat dan menghidu bauan yang harum dari kuburnya.
Golongan yang berperang di jalan Allah: Nabi melihat mereka dengan gambaran sekumpulan golongan yang menanam pada hari ini dan menuai atau mengambil hasil tanamannya pada keesokan harinya.
Pembawa Fitnah: Nabi melihatnya dengan gambaran manusia yang menggunting lidah-lidah mereka dan bibir mereka dengan menggunakan gunting dari api neraka.
Orang yang bercakap dengan perkataan yang keji: Nabi melihatnya dengan gambaran lembu sapi yang keluar dari lubang yang sempit kemudia dia cuba memasukinya semula tetapi tidak berdaya.
Orang yang tidak menunaikan zakat: Nabi melihatnya dengan gambaran seorang manusia yang menjerit-jerit seperti binatang dengan pakaian mereka yang penuh dengan tampalan.
Orang yang meninggalkan solat: Nabi melihatnya dengan gambaran sekumpulan kaum yang memecah-mecahkan kepala mereka kemudian kembali seperti sedia asal. Berkata Jibril : Mereka itu adalah orang yang berat kepalanya untuk menunaikan solat.
Penzina: Nabi melihatnya dengan gambaran manusia yang berebut-rebut mendapatkan daging busuk sedang daging yang elok ditinggalkannya.
Peminum arak : Nabi melihat mereka dengan gambaran manusia yang sedang minum air nanah bercampur darah yang keluar dari seorang penzina.
Orang yang mengumpat: Nabi melihat mereka dengan gambaran sekumpulan manusia yang mencakar-cakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga.

Adapun Mikraj telah di teguhkan kebenarannya melalui hadis yang soheh, adapun dalam Al-Quran Mikraj tidak di naskan dengan nas yang jelas sebagaimana israk.


Antara keajaiban yang di lihat oleh nabi ketika Mikraj ialah:

Malaikat penjaga neraka: Malaikat ini langsung tidak menzahirkan senyuman ketika melihat rasulullah, lalu rasul menanyakan jibril tentang kenapa dia tidak senyum ketika melihatku sebagaimana para malaikat yang lain? Lalu jibril berkata: sesungguhnya malaikat ini tidak pernah senyum sejak dijadikan Allah, kalaulah dia boleh senyum pada seseorang niscaya dia akan senyum terhadap mu.
Baitul Makmur : satu rumah yang mulia di langit ketujuh sebagaimana rumah Allah iaitu ka’bah untuk penduduk bumi. Setiap hari Baitul makmur dikunjungi oleh 70,000 para malaikat yang mengerjakan solat padanya kemudian mereka keluar dan tidak kembali lagi.
Sidratul Muntaha: Dia adalah sepohon pokok yang besar yang kecantikannya itu tidak mampu disifatkan seorang pun dari makhluk Allah, Yang dipenuhi dengan rama-rama emas, iaitu di langit yang ke tujuh [umbinya yang berada di langit ke enam menjular sehingga ke langit ketujuh]
Syurga: Bertempat atas langit ketujuh, padanya sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengari oleh telinga , dan tidak pernah terlintas dalam hati manusia. Semua ini disediakan untuk mereka yang bertaqwa khasnya, dan untuk selain mereka ialah orang-orang yang Allah masukkan kedalam syurga.
Arasy: iaitu makhluk yang paling besar , ianya di kelilingi oleh malikat-malaikat yang bilangan nya hanya Allah yang maha mengetahui. Ianya mempunyai empat tiang sebagaimana tiang katil yang kini di pikul oleh empat malaikat yang bertubuh besar, dan pada hari akhirat kelak ianya akan di pikul oleh lapan malaikat.
Sampainya nabi ketempat yang teratas dan disana dia mendengar deseran Al-Qolam : Rasulullah bersendirian tanpa ditemani oleh malaikat jibril setelah merentasi sidratul Muntaha sehinggalah dia sampai ke tempat teratas, dia mendengar deseran al-qolam (pen) yang mencatit balik dengannya oleh malaikat pada suhufnya [kitab catitannya] daripada lauh mahfuz.
Nabi mendengar kalam Allah yang azali lagi abadi yang tidak menyerupai kalam manusia.
Nabi melihat zat Allah ta’ala dengan hatinya, tidak dengan matanya: Allah ta’ala memuliakan nabiNya ketika mikraj dengan mencabut dari hatinya hijab maknawi, maka dengan itu nabi dapat melihat Allah ta’ala dengan hatinya, yakni Allah ta’ala telah menjadikan baginya kekuatan melihat dengan matahati, tidak dengan mata kepala, kerana Allah ta’ala tidak boleh dilihat dengan mata yang fana’ di dunia ini . Rasulullah sendiri pernah bersabda yang maksudnya : ketahuilah olehmu bahawa kamu tidak akan dapat melihat zat Allah sehinggalah kamu maku mati.
Perlu di ingatkan disini bahawa kita tidak boleh membuat andaian bahawa Allah itu bertangan , berkaki atau sebagainya kerana Allah ta’ala tidak berjisim, tidak menyamai makhluknya sedikitpun, dan kita selaku umat islam dilarang daripada membuat andaian tentang zat Allah, kalaulah ianya dibenarkan maka nabi orang yang pertama menceritakannya kepada kita, tetapi tidak, bahkan nabi bersabda : “fikirkanlah tentang makhluk Allah dan jangan sesekali kamu fikirkan tentang zat Allah”
Tujuan Mikraj adalah untuk memuliakan Rasul yang agung dengan mempertontonkan kepada beliau keajaiban alam diatas, sekaligus memuliakan kedudukannya yang teratas. Adapun iktiqad sebahagian golongan sesat yang mengatakan bahawa rasul telah sampai ke suatu tempat yang merupakan markaz Allah maka ini adalah kesesatan yang nyata kerana mustahil Allah itu mengambil tempat bagi zatnya kerana itu adalah sifat manusia.

Monday, July 13, 2009

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ.. >>>>>> MENOLAK PEMBOHONGAN SERTA KEKELIRUAN BERKAITAN DENGANNYA

Segala pujian bagi Allah tuhan sekelian alam yang menciptakan bumi, langit, arasy, tempat, masa dan semua makhlukNya, wujudnya sebelum dari makhlukNya yang Dia bersifat azali lagi abadi dan wujudNya tanpa bertempat.Selawat dan Salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad, keluarga, para sahabat dan sekelian umat Islam

Sebagai umat islam yang sebenar, wajib beriman dengan perkara luar biasa atau ajaib, yang secara adatnya tidak diterima oleh akal, dimana ianya berlaku atau diberikan oleh Allah kepada para Rasul Alaihimus Salam yang diistilahkan sebagai mukjizat. Mukjizat tersebut diberikan oleh Allah kepada para rasul bagi membenarkan dakwaan mereka bahawa mereka merupakan utusan Allah yang sebenar kepada umat manusia.

Perkara luar biasa atau ajaib ini bukanlah cerita dongeng dahulu kala yang tidak berasas seperti yang dilemparkan oleh golongan Orientalis ataupun sebagaimana yang ditonjolkan dalam cerita-cerita kartun animasi. Perkara mukjizat ini merupakan perkara usul atau asas dalam islam yang mesti diimani mengikut disiplin ilmu islam. Inilah antara keyakinan atau Akidah yang membezakan antara umat islam dengan umat yang lain. Keimanan atau kepercayaan dalam ajaran islam bukan hanya beriman dengan perkara yang zahir, bahkan perlu kepada beriman dengan perkara yang ghaib. Seseorang itu masih tidak dianggap sebagai muslim jika tidak beriman dengan perkara ghaib seperti Syurga, Neraka, malaikat, dosa dan pahala.

Antara mukjizat agung yang diberikan kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam ialah peristiwa Israk dan Mikraj. Peristiwa tersebut berlaku pada tahun ke-lima sebelum hijrah. Ianya melangkau jangkaan pemikiran manusia di mana Rasulullah diperjalankan (israk) oleh Allah dalam waktu yang singkat dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Palestin, seterusnya dibawa melihat keajaiban dan keanehan ciptaan Allah yang berada di alam yang tinggi (malakut al-a’la) iaitu di langit (mikraj) dalam masa sebahagian malam sahaja. Peristiwa ini berlaku pada diri Rasulullah untuk menunjukkan kemuliaan yang diberikan oleh Allah kepada baginda yang tidak diberikan kepada nabi-nabi yang lain. Bukanlah suatu perkara yang besar, susah atau aneh bagi Allah, tuhan semesta alam untuk melakukan sedemikian kerana Dialah tuhan yang telah menjadikan segala kewujudan ini dari tiada kepada ada.

Berkaitan peristiwa Israk dan Mikraj ini, umat islam banyak mengambil berita-berita atau cerita-cerita yang tidak berasas atau tidak bersumberkan dari sumber yang sahih lagi boleh dipercayai. Berikutan dari itulah, banyak kisah yang diriwayatkan berkaitan Israk dan Mikraj ini adalah pembohongan semata-mata. Amat mendukacitakan kita sekiranya cerita atau kisah palsu berkaitan mukjizat yang agung ini dilontarkan dari mulut-mulut khatib di atas mimbar, penceramah-penceramah di masjid atau diajar dalam majlis-majlis ilmu turun temurun. Oleh yang demikian, di bawah ini dimuatkan sebahagian cerita-cerita palsu tersebut supaya kita dapat menghindari dan menjauhi dari percaya kepadanya.

Pertama: Sebahagian umat islam percaya bahawa Mikraj merupakan satu peristiwa yang menunjukkan bahawa Rasulullah sampai ke tempat di atas langit yang ke tujuh di mana di situlah Allah berada.

Kepercayaan atau iktikad yang mengatakan Allah berada di atas langit, tidak kiralah samada dimaksudkan langit secara umum atau dikhususkan kepada Kursi atau Arasy sebenarnya sesat lagi kufur di sisi ahli sunnah wal jamaah. Ini kerana kepercayaan sedemikian menisbahkan atau menyifatkan Allah berada pada sudut atau tempat. Sedangkan akidah dan kepercayaan umat islam yang sebenarnya ialah Allah jualah yang menciptakan segala-galanya yang ada, antaranya tempat dan arah atau sudut. Allah telah pun ada atau wujud sebelum itu lagi tanpa mempunyai arah, sudut mahupun tempat. Inilah yang dikatakan bahawa wujud Allah azali, bermaksud adanya Allah tidak dijadikan oleh sesiapapun kerana Dia adalah Tuhan. Tempat, arah dan lain-lain merupakan ciptaan Allah yang dinamakan sebagai makhluk dan makhluk tidak azali. Tidak azali bererti sebelum itu tidak ada kemudian dijadikan oleh Allah. Maka mustahil Allah perlu atau berhajat kepada makhluk ciptaanNya sendiri sedangkan sebelum itu Allah telahpun wujud tanpa ada tempat, arah dan lain-lain.

Imam al-Syafie Rahimahullah berkata seperti yang diriwayatkan oleh Imam al-Qusyairi: Ketahuilah oleh kamu semua bahawa Allah Azzawajalla tidak ada tempat bagiNya (iaitu tidak bertempat)”. Imam ahli sunnah iaitu Imam Abu al-Hasan al-Asyari juga berkata sedemikian seperti yang diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi: “Sesungguhnya Allah Taala tidak ada tempat baginya”. Imam Abu Mansur al-Baghdadi pula menyebutkan dalam kitab beliau al-Farqu Baina al-Firaq: “Dan mereka telah berijmak (iaitu ahli sunnah) bahawa Dia (iaitu Allah) tidak diliputi oleh tempat dan tidak beredar dengan peredaran masa”.

Inilah ijmak ahli sunnah yang menunjukkan bahawa Allah wujud tidak bertempat, sama ada di atas atau di bawah, kiri atau kanan, depan atau belakang kerana kesemua arah tersebut ciptaan Allah yang asalnya tidak ada langsung kemudian dijadikan oleh Allah. Begitu jugalah masa, tidak kira sebelum atau selepas, semalam, hari ini atau esok, pagi atau petang, siang atau malam. Barang sesiapa beriktikad berlainan dari apa yang disebutkan, maka mereka itulah yang digelar sebagai golongan Al-musyabbihah, iaitu golongan yang menyamakan Allah dengan makhluk ciptaanNya sendiri. Golongan Al-musyabbihah tersebut dihukumkan sebagai kafir oleh ulama islam. Imam Abu Ja’far al-Thahawi berkata dalam Akidah al-Thahawiyyah:“Barang sesiapa menisbahkan bagi Allah sifat yang merupakan sifat makhluk, sesungguhnya dia kafir. Jelas bagi kita bahawa antara sifat bagi makhluk ialah wujud yang memerlukan tempat.

Walaupun demikian, amatlah mendukacitakan kita kerana ada sebilangan orang islam yang menyandarkan diri mereka sebagai tok guru atau ahli ilmu mengelirukan umat islam yang lain berkenaan peristiwa Mikraj ini dengan menyatakan bahawa Rasul telah sampai ke tempat yang merupakan markaz atau tempat Allah berada, Wal i’yazzubillah. Pandangan atau ucapan sebegini jelas hukumnya kufur kerana menyifatkan Allah sifat yang sama dengan makhluk. Ianya terbit dari pembacaan yang disandarkan kepada sebahagian kitab murahan yang mudah didapati di mana isi kandungannya tidak terkandung Akidah At-tanzih, iaitu akidah ahli sunnah yang menyucikan Allah dari sebarang persamaan dengan makhlukNya. Contoh kitab tersebut ialah Kitab al-Mikraj” yang dinisbahkan kepada Ibnu Abbas secara dusta. Perkara sebegini dan seumpamanya wajib diberi peringatan kepada umat islam.

Penjelasan sebenar berkenaan perkara ini ialah Rasulullah telah sampai ke tempat yang dikehendaki oleh Allah selepas sampai di Sidratul Muntaha, di mana di situlah baginda mendapat perintah Allah mengenai kefarduan solat. Begitu jugalah berkenaan Rasulullah berulang alik memohon dikurangkan waktu solat tersebut dari tempat Nabi Musa. Bukan bererti Nabi berulang alik dari tempat Nabi Musa ke tempat Allah berada,

bahkan berulang alik ke tempat asal yang baginda mendengar Kalamullah yang azali tanpa suara, huruf dan bahasa, Allah menciptakan kekuatan pada hati Rasulullah sehingga rasulullah faham akan ianya wahyu dari Allah mengenai kefarduan solat sehingga dikurangkan sehari semalam kepada lima waktu kerana Allah wujud tidak bertempat.

Kedua: Sebahagian orang islam mengatakan; “Peristiwa Mikraj berlaku dengan ruh sahaja, bukan beserta jasad”.

Pandangan di atas jelas bercanggah dengan apa yang tersebut melalui hadis-hadis yang sahih. Di dalam al-Quran terkandung satu ayat yang amat hampir kepada jelas berkaitan peristiwa Mikraj di mana ayat tersebut bermaksud:

“Demi sesungguhnya dia (Muhammad) telah melihatnya (Jibril) buat kali yang ke-dua, di Sidratul Muntaha. Di situlah terletaknya Jannah al-Makwa”, Surah al-Najmi: 13.

Ayat tersebut menjelaskan kepada kita bahawa Nabi Muhammad telah melihat Malaikat Jibril dalam bentuk rupa parasnya yang asal, yang mempunyai enam ratus sayap di malam Mikraj di langit yang ke-tujuh dalam keadaan sedar dengan ruh dan jasad.

Antara hadis yang menyebutkan berkenaan peristiwa Mikraj ini ialah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam sahihnya bahawa Rasulullah telah berkata:

“Kemudian kami dibawa naik ke langit, maka dipohon pintu langit dibuka oleh Jibril, lalu ditanya: Siapakah kamu? (Jibril) berkata: (Aku) Jibril. Ditanya: Siapakah bersamamu? (Jibril) berkata: Muhammad”.

Melalui jawapan Jibril tersebut, Jibril tidakpun berkata: “bersamaku ruh Muhammad”!. Di akhir hadis itu Rasulullah menceritakan: Lalu aku turun kepada Musa. Ketika itu Nabi Musa berada di langit yang ke-enam. Rasul tidakpun berkata: Ruhku turun kepada Musa Alaihis Salam”.

Oleh itu, apakah asas yang digunakan oleh golongan ini bagi menegakkan pandangan mereka bahawa Rasulullah Mikraj dengan ruh sahaja?! Apakah mukjizatnya peristiwa Mikraj bagi Rasulullah jika berlaku dengan ruh sahaja?!

Ketiga: Sesetengah orang yang jahil mengatakan Rasul berdiri di atas seketul batu dan batu tersebut terapung bersama baginda ketika berlakunya peristiwa Mikraj. Batu tersebut pula sekarang ini berada di dalam Kubah Hijau (Qubbatu al-Sokhroh) di Palestin. Diceritakan bahawa batu tersebut terapung apabila Rasul berkata: “Tetaplah ditempatmu. Maka batu tersebut pada sangkaan mereka sehingga sekarang berada dalam keadaan terapung. Kisah ini sama sekali tidak benar kerana hakikatnya batu itu tidak terapung dan dapat dilihat di Kubah Hijau (Qubbatu al-Sokhroh).

Keempat: Sesetengah orang mengatakan Allah menjadikan Rasulullah dapat mendengar suara Abu Bakar di langit ketika Mikraj agar baginda merasa tenteram dari ketakutan. Perkara ini tidak berasas sama sekali.

Kelima: Sesetengah golongan mengatakan peristiwa Mikraj merupakan perjalanan dalam tidur ((rehlah manamiyyah)).

Pandangan ini batil yang merupakan permainan syaitan. Jika demikianlah, di manakah mukjizat bagi baginda seperti sangkaan mereka?!

Keenam: Tersebut dalam kitab yang dinamakan Mikraj Ibnu Abbas” yang disandar secara dusta kepada beliau, ada malaikat yang sebahagian dirinya terdiri dari api dan sebahagian lagi dari salji.

Api tidak mencairkan salji dan salji tidak pula memadamkan api, dia mempunyai seribu kepala, bagi setiap kepala sejuta wajah, bagi setiap wajah sejuta lidah yang sentiasa bertasbih kepada Allah dengan sejuta bahasa. Cerita ini karut kesemuanya.

Untuk makluman bersama, kitab yang dinisbahkan kepada Ibnu Abbas ((Mikraj Ibnu Abbas)) adalah tidak benar sama sekali dan penuh dengan akidah-akidah serta cerita-cerita yang kufur. Antara yang jelas menyalahi akidah ahli sunnah ialah cerita bahawa Nabi menghampiri Tuhan sehingga hampir sangat seperti lengkungan panah bahkan lebih hampir dari itu. Cerita tersebut menisbahkan Allah mempunyai jarak seperti makhlukNya. Kandungannya juga menisbahkan anggota badan kepada Allah seperti: “ Maka Allah Subhanahu Wa Taala meletakkan tanganNya diantara dua bahuku, maka aku merasa sejuk jari jemarinya”. Kata-kata ini menisbahkan anggota badan seperti manusia yang jelas kufur seperti yang diijmakkan oleh ulama ahli sunnah.

Ketujuh: Apa yang diriwayatkan dari Saiyidah Aisyah Radiyallahu Anha bahawa beliau berkata: “Tidaklah hilang jasad Rasulullah, tetapi (baginda) diisrakkan dengan ruhnya”.

Hadis tersebut tidak sabit. Al-Qadhi ‘Iyad dalam kitab beliau “al-Syifa” mendaifkan matan dan sanadnya, al-Hafiz Ibnu Dahyah pula mengatakannya sebagai hadis palsu. Perkara yang jelas bahawa ianya tidak sabit dari Aisyah ialah Rasulullah belum lagi bersama beliau sebagai suami isteri melainkan selepas hijrah. Apatah lagi baginda belum lagi bertunang dengan beliau semasa peristiwa Israk berlaku.

Demikian jugalah yang dikatakan bahawa Rasulullah bersabda: Jibril mendatangiku dengan safarjalah dari Syurga, lalu aku memakannya pada malam aku akan diisrakkan, maka lahirlah Fatimah dari Khadijah. Maka apabila aku berasa rindu terhadap bauan Syurga, aku menghidunya di tengkuk Fatimah”. Al-Zahabi berkata bahawa ianya hadis yang jelas palsu yang dilakukan oleh Muslim Bin Isa al-Saffar. Ini kerana Fatimah telahpun dilahirkan sebelum Nabi diangkat menjadi rasul, lebih-lebih lagi peristiwa Israk berlaku pada tahun ke-lima sebelum hijrah.

Kelapan: Antara perkara batil yang tidak benar ialah apa yang diriwayatkan, apabila Rasulullah dan Jibril melebihi Sidratul Muntaha, Jibril berkata: Disinilah berpisah kekasih dengan kekasihnya, sekiranya aku kedepan lagi sudah pasti aku terbakar”.

Bersyukurlah kita kepada Allah kerana dengan limpah rahmatnya kita menjadi umat yang terbaik berbanding umat-umat yang lain. Ianya tidaklah wujud begitu sahaja semata-mata kerana kita berada atau tergolong dalam umat Nabi Muhammad, tetapi kerana sifat percaya atau beriman dengan Allah dengan kepercayaan yang sahih, seterusnya melakukan serta menyuruh kepada kebaikan dan menghindari serta mencegah dari perkara yang keji lagi tercela di dalam agama,serta kita menjadi insan yang beriman, berilmu dan beramal Mudah-mudahan perkara palsu yang berlaku atau digembar gemburkan berkaitan peristiwa bersejarah ini dapat kita hapuskan dengan rasa tanggung jawab sebagai individu muslim yang cintakan agamanya.

Sunday, July 12, 2009

Tanggapan Salah Mengenai Nisfu Sya'ban

Malam Nisfu Sya’ban

Bulan sya’ban bakal menjelma dan akan disusuli pula dengan bulan Ramadhon yang mulia. Maka amat beruntunglah mereka yang memperbanyakkan amal ibadah, beruntunglah mereka yang bertaqwa kepada Allah dan menyahut kedatangan hari akhirat dengan semangat yang tinggi. Setiap amalan yang dikerjakan hamba dengan niat yang tulus ikhlas kerana Allah maka baginya atas setiap amalan kebaikan yang dilakukan mendapat sepuluh pahala, ini adalah sekurang-kurang pahala yang bakal dia perolehi, kemudian Allah ta’ala akan gandakan pahala kepada siapa yang dia kehendaki sehingga 700 kali ganda dan kemungkinan ditambah lagi dengan berlipat kali ganda, kadang-kadang ditulis satu amalan kebaikan dengan seratus ribu dan kadang-kadang lebih dari itu lagi. Allah ta’ala berfirman dlm Surah Al-Qosos ayat 77 yang maksudnya: “dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari kenikmatan duniawi”. Iaitu jangan kamu lupakan bahagianmu di akhirat dari kehidupan dunia. Siapa-siapa yang membuat bekalan untuk akhiratnya di dunia ini maka dia orang yang memiliki bekalan dan siapa yang tidak menyediakan bekalan maka dia orang tidak ada bekalan di akhirat. Allah Taala berfirman maksudnya “akhirat itu yang lebih baik lagi kekal” ( Sural Al-A’la:17 ). Iaitu syurga adalah tempat yang paling afdal dan kekal daripada kehidupan dunia. Maka sambutlah malam Nisfu Sya’ban dengan melakukan ketaatan kepada Allah. Malam Nisfu Sya’ban adalah malam penuh keberkatan. Kebanyakan manusia pada malam itu mengerjakan sembahyang malam,berpuasa pada siangnya dan bertakwa kepada Allah Taala.

Hendaklah seseorang itu pada malam tersebut sebagaimana malam-malam yang lain juga mengingati bahawa kematian tetap mendatanginya dan tidak dapat dielakkan lagi. Lihatlah betapa agungnya kalimah yang dilontarkan oleh malaikat rahmah kepada orang-orang yang bertaqwa ketika menghadapi sakaratulmaut. Dia mengatakan kepada orang-orang yang bertakwa: “ Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat. Didalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh pula dimalamnya apa yang kamu minta” ( Surah Fussilat:31 ).

Di sini dijelaskan bahawa malam Nisfu Sya’ban bukanlah malam yang dimaksudkan dalam firman Allah : فيها يفرق كل أمر حكيم maksudnya: “ Pada malam itu dijelaskan segala urusan penuh hikmah” (Surah Al-Dukhan:4). Walaupun sudah tersebar dikalangan orang awam bahawa malam tersebut malam Nisfu Sya’bab tetapi ianya tidak benar. Yang sebenarnya malam itu adalah malam Lailatul Qadar. Maksud ayat tadi ialah: Allah Taala memperlihatkan kepada para malaikat pada malam Lailatul Qadar perincian apa yang bakal berlaku pada sepanjang tahun tersebut sehingga tahun yang akan datang iaitu perkara berkaitan kematian, kehidupan, kelahiran, rezeki dan seumpamanya lagi.

[Doa yang menyalahi aqidah]

Perkara yang perlu diambil perhatian iaitu tentang doa yang sebahagian manusiabiasa bacakannya pada malam Nisfu Sya’ban iaitu:

اللهم إن كنت كتبتني عندك في أم الكتاب محروما أو مطرودا أو مقترا عليّ في الرزقي فامح اللهم بفضلك شقاوتي وحرماني وطردي وإقتار رزقي

Erti doa tersebut adalah “Ya Allah jika Engkau tuliskan tentangku disisi Mu pada Ummul Kitab (Lauhul Mahfuz) perkara yang dilarang dan atau perkara yang salah atau kesempitan rezeki kepada ku maka dengan kelebihanmu Ya Allah…!! Engkau padamkanlah kecelakaan itu semua”.

Doa ini tidak teguh pengriwayatannya dan tidak harus kita beriktikad bahawa Allah Taala itu mengubah ketentuannya. Siapa yang beriktikad bahawa Allah Taala mengubah ketentuannya dengan doa si pendoa maka akan rosaklah akidahnya. Sesungguhnya ketentuan Allah Taala itu azali lagi kekal abadi, tidak akan menimpa ke atasnya perubahan dan pemindahan sebagaimana sifat-sifatnya juga. Maka tidak akan berubah kehendak Allah Taala dengan doa si pendoa atau sedekah orang yang bersedekah atau nazar orang yang bernazar.

Adapun firman Allah Taala yang bermaksud "Allah menghapuskan apa yang dia kehendaki dan menetapakan apa yang dia kehendaki, dan disisinya lah terdapata Ummul Kitab( Lauhul Mahfuz )". Maka maknanya Allah Taala menghapuskan apa yang dia kehendaki daripada Al-Quran dan mengangkat hukumnya dan menasakhkannya
( menggugurkannya) -[sudah maklum bahawa nasakh itu berlaku melalui wahyu tuhan kepada nabinya] , dan dia menetapkan apa yang dia kehendaki tanpa menasakhkannnya. Bukanlah yang dikehendaki dengan ayat tersebut bahawa Allah Taala mengubah ketentuannya dengan sebab doa, sedekah, nazar dan lain-lain. Benarlah kata-kata orang yang mengatakan: سبحان الذي يغير ولا يتغير maknanya “maha suci zat yang mengubah dan tidak berubah”.

Kalaulah Allah mengubah ketentuannya dengan doa si pendoa maka dia akan mengubah untuk Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam, telah datang dalam hadis bahawa Nabi Muhammad telah bersabda yang maksudnya: “Aku memohon kepada Tuhanku empat perkara maka diperkenankan tiga darinya dan satu lagi tidak diperkenankan. Aku memohon agar umatku tidak dikafirkan secara keseluruhan maka diperkenankannya dan aku memohon agar tidak dihancurkan mereka dengan cara hancurnya umat terdahulu maka diperkenankannya dan aku memohon agar tidak tercetus ke atas mereka permusuhan dari selain mereka lalu menguasai mereka maka diperkenankannya. Dan aku memohon agar tidak berlaku permusuhan di antara sesama mereka maka tidak diperkenankannya. Dalam riwayat lain:
“ Allah Taala mengatakan kepadanya wahai Muhammad sesungguhnya apabila aku telah menetapkan satu ketetapan maka ianya tidak boleh ditarik balik”.

Dari sini perlulah diambil perhatian, siapa yang hendak berdoa perlu ada ilmu, hendak berzikir mesti ada ilmu, hendak sembahyang fardhu mahupun sunat mesti ada ilmu, hendak berpuasa mesti ada ilmu. Menjadi satu kewajipan kita memiliki ilmu agama kerana ilmu agama itu adalah kehidupan islam.

Wednesday, June 24, 2009

bacaan yaasin & tahlil untuk simati hukumnya harus

Bacaan ayat Al-Quran untuk simati dibolehkan dalam Islam


Ahli sunnah wal-jamaah bersependapat bahawa orang-orang yang telah mati, mendapat manfaat dari doa-doa dan sedekah orang hidup untuk mereka.

Imam murtadho al-zabidi menyatakan dalam kitab syarah ihya’ dengan katanya : Berkata imam al-suyuthi dalam kitab syarhus-sudur “dan adapun bacaan Al-Quran atas kubur maka sahabat-sahabat kita telah pun memutuskan pensyariatannya”. Al-Za’farani pula berkata “ Aku sendiri telah menanyakan imam syafi’e tentang membaca Al-Quran di tepi kubur lalu beliau menjawab yang demikian itu tidak mengapa.

Kata imam Al-Nawawi dalam kitab syarhul muhazzab : Disunatkan bagi penziarah kubur membaca apa yang mudah daripada ayat Al-Quran dan mendoakan untuk mereka sesudahnya, ini telah di naskan oleh Imam Syafi’e dan juga telah dipersetujui oleh sahabat-sahabatnya. Dalam tajuk lain Imam Nawawi menambah percakapannya dengan mengatakan “jika mereka dapat khatamkan Al-Quran atas kubur adalah lebih af-dhol” -habis .

Salah seorang guru kepada Al-Hafiz Ibnu Hajar iaitu yang masyhur dengan gelaran Ibnu Qatthon telah ditanya kepada beliau soalan iaitu : Adakah sampai pahala bacaan Al-Quran itu pada simati ataupun tidak? . lalu soalan itu dijawabnya dalam satu risalah bernama al-qaulu bil ihsan al-amim fil intifa’e al-mayyiti bil quran al-azhim dengan panjang lebar, ringkasan daripada jawapannya adalah:

Khilaf di kalangan ulama’ tentang pahala bacaan untuk simati , sebahagian mereka berpendapat bahawa pahalanya itu tidak sampai kepada simati dan ini adalah masyhur pendapat mazhab syafie dan malik, dan sebahagian lain pula dari kalangan ulama’ berpendapat bahawa pahala sampai kepada mereka dan ini adalah pendirian imam ahmad selepas dia mengeluarkan kenyataan sebelum itu iaitu membaca Al-Quran atas kubur adalah bid’ah, tapi bahkan setelah itu di nuqilkan dari kenyataannya yang mengatakan bahawa sampai pahala kepada simati apa sahaja dari amalan sedekah , solat , haji , puasa , iktikaf , bacaan Al-Quran , zikir dan sebagainya, dan di nuqilkan juga dari Imam Syafie bahawa mayat mendapat manfaat dengan bacaan Al-Quran atas kuburnya.

Pendapat al-qadhi abi al-thoiyyib pula bahawa pahala pembaca Al-Quran di kuburan dan mayat adalah seperti orang yang hadir [yakni sebagaimana para hadirin mendapat rahmat dan berkat kerana hadir mendengar bacaan dari qori Al-Quran samalah juga halnya mayat yang dibacakan disampingnya Al-Quran] maka diharapkan baginya rahmat dan keberkatan. Abdul karim al-syalusi berkata: “pembaca Al-Quran jika dia meniatkan bacaannya agar pahala itu dihadiahkan kepada simati maka ianya tak akan sampai jika niatnya itu di pasang sebelum melakukan ibadah tersebut, kerana bacaan Al-Quran adalah di katagorikan dalam ibadah badan maka tidak jatuh pada selainnya, tetapi jika dia membaca Al-Quran terlebih dahulu kemudian dia menghadiahkan pahala bacaan itu pada simati maka itu dikira sampai dan memberi manfaat padanya.

Ulama’-ulama’ mengambil dalil bagi mengharuskan bacaan Al-Quran atas kubur iaitu daripada hadis tentang dahan basah yang dikerat nabi kepada dua bahagian kemudian di pacakkan pada kedua-dua kubur orang islam yang sedang diazab itu lalu nabi mengatakan : لعله يخفف عنهما ما لم ييبسا

Maksudnya : mudah-mudahan di rengankan azab keduanya selagimana dahan itu tidak kering. -Hadis riwayat bukhari dan muslim

Jadi klu dengan sebab dahan basah tadi dapat meringankan azab orang dalam kubur apatah lagi ayat-ayat Al-Quran.

Wallahu a’lam wa ahkam…

Sunday, June 21, 2009

Kesalahan Dalam Doa

Mendoakan untuk semua orang mukmin dan mukminat bagi mengampunkan segala dosa-dosa mereka adalah sesuatu yang menyalahi syarak.

Ibnu Abdissalam menegaskan dalam kitab al-amali dan juga Imam Al-Ghazali bahawa adalah haram hukumnya mendoakan untuk keseluruhan umat islam [muslimin dan muslimat] bagi mengampunkan segala dosa-dosa mereka atau mendoakan agar mereka semua tidak dimasukkan kedalam api neraka. Ini kerana secara tidak langsung ianya bertentangan dengan pengkhabaran Allah dan pengkhabaran rasulnya yang memberitahu kita bahawa mesti ada dari kalangan mereka yang akan dimasukkan kedalam api neraka.

Adapun doa mintak mengampunan dengan tanpa mengkaitkan pada doa tersebut pengampunan dari segala dosa adalah dibenarkan dalam islam sepertimana doa yang terdapat dalam surah nuh ayat28 yang bermaksud : “wahai tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku dan bagi orang mukmin yang masuk rumahku dan bagi orang mukmin dan mukminat. Doa seperti didalam ayat ini tidak memberi maksud minta pengampunan secara menyeluruh. Perkara itu juga dinyatakan oleh Imam al-ramli dalam kitab Syarhul Muhazzab dan Ibnu Abidin Al-hanafi pada hasyiahnya.

Jadi bukanlah makna ayat tadi mintak pengampunan untuk semua orang islam bagi mengampunkan segala dosanya .

Doa yang dicegah itu adalah bertentangan dengan nas-nas Al-Quran, dan hukum melawan Al-Quran itu membawa kepada kekufuran sebagaimana yang di jelaskan oleh Al-Nasafi dalam kitab aqidahnya yang masyhur.

Imam Abu Jaa’far Al-Thohawi mengatakan: “merasa aman dan putus asa itu boleh terkeluar daripada Agama Islam” ini adalah aqidah murji’ah , mereka ini terkeluar dari aqidah islam kerana fahaman mereka mengatakan “Tidak memberi mudhorat bagi orang islam dosa yang mereka lakukan sepertimana tidak memberi manfaat bagi orng kafir kebajikan yang mereka lakukan.

· [Merasa aman: iaitu merasakan yang dirinya tidak akan sama sekali diazab oleh Allah Taala walaupun dia melakukan dosa]

· [Putus asa: iaitu merasakan yang dirinya tidak akan sama sekali di ampunkan oleh Allah taala]

Tuesday, May 26, 2009

Renungan Buat Insan

FIKIR-FIKIRKAN BERSAMA...

Seorang manusia ketika membuang air besar, sepatutnya dia mengambil iktibar dengan apa yang keluar darinya , bagaimana ianya jadi begitu? , makanan yang tadinya sungguh enak dan istimewa sehinggakan mereka berebut-rebut untuk membelinya, tapi hanya dengan sebab apabila bercampur saja dengan anak Adam, ianya menjadi kotor, najis dan busuk..

Begitulah juga apa jua yang akan bercampur aduk dengan anak Adam daripada pakaian yang pada permulaannya bersih, harum baunya akhirnya menjadi kotor dan busuk.

Pedoman pertama:

Ingat !! , Waspadalah diri kita daripada bergaul dengan orang yang tidak memberi manfaat kepada Agama, takut kalau kesan pergaulan itu menimpa dirinya kerana apabila seorang muslim itu bergaul dengan orang yang tidak baik , ianya akan mengubah perangai salah seorang mereka disebabkan pergaulan sebagaimana percampuran makanan dan lain-lain dengannya.

Pedoman kedua :

Perlu diingatkan juga, bahawa kita pasti di kembalikan seperti demikian juga, kerana apabila seseorang itu di kebumikan maka ulat akan memakannya kemudian dimuntahkan dari rongganya sebagai kotoran yang menjijikkan kecuali golongan yang tidak di makan tanah, mereka ini adalah Nabi-nabi , Para Ulama’ , Para Syuhada’ dan Mu’azzin-mu’azzin yang tidak mengharapkan upah. Golongan pertama memang tiada jalan lagi buat kita , maka berusahalah untuk mendapatkan salah satu dari tiga baki lagi.

Rasulullah bersabda yang maksudnya:

seorang itu mengikut agama kawannya, maka lihatlah olehmu siapa yang kamu jadikan kawan”

Maksud hadis ini ialah: pilihlah siapa yang hendak kamu jadikan kawan, siapa yang memberi manfaat kepada agamamu maka jadikanlah dia kawan kamu dan siapa yang tidak memberi manfaat pada Agamamu bahkan memudhoratkan kamu maka jauhilah darinya dan jangan kamu jadikan kawan. Ingatlah bahawa Allah Ta’ala menguji manusia dengan tiga perkara: iaitu syaitan jenis jin , hawa nafsu dan syaitan dari jenis manusia..

Thursday, May 21, 2009

Ikhtilath [bercampur aduk antara lelaki & perempuan]

Melampau Dalam Menentukan Hukum Ikhtilath

Ikhtilath [Percampuran Lelaki & Perempuan]
Menurut Kaca Mata Islam….

Marilah kita berpegang teguh dengan petunjuk nabi yang mengajar kita dalam hadisnya yang mulia : “Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah hawa nafsunya tunduk kepada apa yang aku bawa datang dengannya”.
Berpegang teguh dengan agama yang suci adalah dengan mengikut telunjuk nabi, bukanlah dengan cara mengada-adakan hukum sendiri. Ketahuilah sahabatku.. tidak sepatutnya kita terlalu melampau dalam hal-hal berkaitan agama, kita perlu bersikap sederhana, tidak boleh kita menghalalkan apa yang Allah haramkan atau mengharamkan apa yang Allah halalkan.
Rasulullah pernah bersabda kepada ibnu abbas ketika ibnu abbas membaling batu dalam ibadah haji di muzdalifah yang menggambarkan tentang umpama mereka ini dengan sabdanya: “hendaklah kamu berwaspada dari melakukan tindakan melampau dalam agama, sesungguhnya orang-orang sebelum kamu hancur binasa disebabkan terlalu melampau dalam agama.
Dewasa ini ada segelintir manusia terlalu melampau menghukum dalam masalah perhimpunan lelaki dan perempuan dalam satu majlis, mereka haramkan apa yang Allah tidak haramkan seperti pengharaman mereka terhadap majlis-majlis ilmu, halaqah zikir dan lain-lainnya semata-mata hanya kerana berhimpun lelaki dan perempuan di dalamnya, walaupun tanpa berlaku khalwat, tanpa berhimpit-himpit dan tanpa ada yang mendedahkan aurat,
Mereka ini menghukum tanpa ada dalil syara’ , mereka hanya mengikut naruri nafsu mereka sendiri..
Percampuran lelaki dan perempuan terdapat dua kategori , iaitu yang diharuskan dan yang diharamkan syara’. Kategori yang di haruskan syara’ adalah perhimpunan yang tidak berlaku pergeseran tubuh antara lelaki dan perempuan dan yang tidak berlaku khalwat yang di haramkan.
Perempuan-perempuan muslimah di zaman nabi hanya berada di belakang sof lelaki semasa mengerjakan sembahyang jemaah tanpa ada tabir yang menghalang antara mereka dan jemaah lelaki.
Juga telah sabit dalam hadis yang soheh bahawa perempuan solat belakang jemaah lelaki ketika solah berjemaah dengan nabi dan ini adalah dalil membuktikan percampuran lelaki dan perempuan jika tidak berlaku khalwat hukumnya tidak haram. Kemudian bukankah di Mekah al-mukarramah perempuan dan lelaki bercampur gaul ketika melakukan tawaf..??
Dalam kitab muwat’toth Imam malik , dia ditanya adakah harus seorang suami dan isteri makan bersama seorang lelaki ajnabi lain? Maka jawab imam malik: “demikian itu tidak mengapa apabila sudah menjadi kebiasaan manusia”. Kalau itu di bolehkan, apatah lagi himpunan dalam majlis ilmu agama yang di hadiri oleh perempuan dan lelaki.
Jadi harap-harap golongan pelampau ni bertaubat..
Takut lah Allah!!
Jangan berdusta terhadap Allah!!

Tuesday, May 19, 2009

Aqidah para ulama'

Aqidah Para Ulama

Ketahuilah akidah para ulama diantaranya adalah pegangan bahawa Allah ta’ala wujud tidak boleh ada keraguan pada kewujudanNya, Dia tidak menyerupai sesuatupun dari makhlukNya bermakna Dia tidak menyerupai manusia, malaikat, jin, tumbuh-tumbuhan dan makhluk-mahluk yang lain, Dia tidak serupa dengan jisim kasif (jisim yang mampu dipegang oleh tangan) mahupun jisim latif (jisim yang tidak mampu dipegang oleh tangan).

Ketahuilah juga bahawa mihwar I’tiqad ( lingkungan akidah) seorang muslim itu adalah menepati lagi di kuatkan oleh akal yang sempurna dan bukanlah dengan wahm ( tanggapan semata-mata) kerana tanggapan semata-mata membayangkan sesuatu yang pada hakikatnya tidak pernah berlaku contohnya ketika seseorang melihat laut ketika matahari terbenam wahm-nya akan mengatakan padanya bahawa langit itu tercantum dengan laut dan matahari itu turun menuju ke dasar laut, akan tetapi sebenarnya bukanlah sedemikian. Ini bermakna kita perlu merujuk kepada akal yang sempurna bukan berpegang dengan tanggapan semata-mata.

Allah tidak boleh dibayangkan zatNya dan jawapan terhadap golongan yang membayangkan zat Tuhan

Jika kita ditanya : bagaimana kita menyembah sesuatu yang tidak boleh dibayangkan ?
Kita katakan padanya: Diantara makhluk ciptaan Allah kita tidak mampu membanyangkannya iaitu waktu ketika sebelum diciptakan cahaya dan belum lagi dicipta kegelapan, adakah mampu kita membayangkan satu ketika dahulu tiada cahaya dan tiada kegelapan? sudah pasti kita tidak mampu, akan tetapi wajib kita beriman bahawa pernah satu ketika dahulu tidak wujudnya cahaya dan kegelapan kerana Allah telah berfirman :

" ألحمد لله الذي خلق السماوات والأرض وجعل الظلمات و النور"

Yang bermaksud :

“ Segala puji bagi Allah Yang telah menciptakan langit dan bumi, dan dialah yang mengadakan gelap dan terang ”. Al-An’am, ayat 1.

Jika difikirkan akal kita tidak mampu untuk membayangkan satu ketika dahulu tiada cahaya dan tiada kegelapan, ini baru makhluk akal kita dah tak boleh fikir… Apatah lagi zat Allah!! , lebih lagilah akal kita tidak mampu untuk membayangkanNya.

Allah ta’ala telah menyifatkan diriNya:
" ليس كمثله شيء "

Yang bermaksud :
“ Tiada sesuatupun yang serupa dengan Dia ”. As-Shura, ayat 11.

Siapa makan cili dia terasa pedas!!

Tahzir (suruh berwaspada) bukan bertujuan memburuk atau mengkafirkan sesiapa!!
Tetapi atas dasar memperjuangkan yang hak!!
Siapa makan cili dia yang rasa pedas…..

Syara’ menyeru kita agar mengajak kpd yang makruf dan mencegah kemungkaran, yang salah tetap salah dan yang betul tetap betul.. , sekarang ni ramai orang keluarkan fatwa yang tidak berasas, ada yang mengeluarkan fatwa untuk memenuhi kehendak mereka sendiri, saya bukan nak kata pada sape-sape, orang yang makan cili dialah yang terasa pedas, sebab itulah saya melihat tahzir ini sebagai suatu keperluan dalam memelihara agama Islam..
Ada orang tu tegur saya kenapa sampai kafir mengkafir sedangkan kita sama-sama mengucap dua kalimah syahadah? , saya nak tanya dia.. kalau kita ada segugus anggur yang masak segar dalam segugus anggur tu ada dua tiga biji yang rosak takkan lah kita nak biarkan dia disitu begitu je.. , ini pasal agama kita.. kita perlu jaga dia dengan baik, keluarga kita dapat jaga dengan baik, kalau ada orang cuba fitnah keluarga kita mati-matian kita pertahankan, inikan pula Agama kita.!!
Cube kita renung balik sejarah, nabi kita dalam sekecil-kecil masalah pun dia tegur , ada seorang sahabat tu kesalahan dia cuma menggabungkan nama Allah dan nabi dalam satu kata ganti nama jer.. langsung nabi tegur dia.. sahabat itu cuma berkata: “siapa yg mentaati Allah dan RasulNya maka dia telah mendapat petunjuk dan siapa yang melakukan maksiat kepada keduanya maka dia telah melakukan kesalahan”
Rasulullah menegurnya dengan bersabda “seburuk-buruk orang yang berucap adalah awak!!”
Soal menjatuhkan hukuman kafir kepada seseorang kerana bertentangan dengan aqidah bukan hanya syekh Abdullah sorang je yang melakukan demikian malah imam syafie sendiri juga pernah menjatuhkan hukuman kafir seseorang..
Imam Syafie mengatakan di hadapan orang ramai kepada Hafsh al Fard : “kamu betul-betul telah kafir kepada Allah yang maha agung (yakni kamu dah terkeluar daripada islam sebagaimana yang telah di jelaskan oleh imam Bulqini dalam kitab Zawa’id ar Raudhoh - lihat manaqib asy-syafi’ie, jilid 1 muka surat 407
Mudah-mudahan segala penyelewengan dalam islam dapat dihapuskan..

Monday, May 18, 2009

Hapuskan Hizbu Tahrir di Malaysia ini!!!

BAHAYA HIZBUT TAHRIR!!

Sebagai selaku umat islam yang prihatin perihal agamanya , maka disebutkan disini penjelasan ringkas dan memadai bagi kaum muslimin tentang suatu kelompok yang telah menyelewengkan ajaran islam dan menyebar kebatilan-kebatilan yang dikenali dengan kelompok hizbut tahrir,
Asal golongan ini diasaskan oleh seorang bernama taqiyyuddin an-nabhani. Dia mengaku dirinya sebagai ijtihad dan berbicara tentang agama dengan kebodohannya, mendustakan al-Quran , hadist dan ijma’ baik pada masaalah usuluddin mahupun masaalah furuk.
Antara kesesatan-kesesatan nya yang ditolak oleh para alim ulama’ adalah seperti kenyataannya yang menyalahi akidah sama sekali, mereka menjadikan Allah tunduk dan kalah kerana pada fahaman mereka terjadinya sesuatu diluar kehendak Allah . hal ini seperti yang dikatakan oleh pimpinan mereka taqiyyuddin an-nabhani sebagaimana berikut:

“Segala perbuatan manusia tidak terkait dengan Qadha Allah, kerana perbuatan tersebut ia lakukan atas inisiatif manusia itu sendiri dan dari ikhtiarnya, maka semua perbuatan yang mengandungi unsur kesengajaan dan kehendak manusia tidak masuk dalam Qadha”

Kenyataan mereka ini jelas sesat kerana mereka bukan sahaja menyandarkan kejahilan kepada Allah bahkan mereka mensekutukan Allah dengan manusia pada sifat pencipta.
Fahaman mereka ini langsung tidak boleh diterima akal kerana akal yang sejahtera akan mengatakan kalaulah manusia yang menjadikan perbuatan mereka niscaya apa yang manusia ciptakan adalah lebih banyak dari apa yang Allah ciptakan dan lagi jika manusia itu sendiri yang menciptakan perbuatan mereka niscaya mereka akan lebih tahu secara terperinci apa yang mereka ciptakan, tetapi rialiti yang kita lihat sekarang ini apabila kita berjalan menuju ke suatu tempat kita tidak tahu berapa langkahkah kita berjalan!!? Bagaimana mungkin kita yang jadikan perbuatan kita sendiri dalam masa yang sama kita jahil tentang hakikat sebenarnya..
Marilah kita kukuhkan aqidah ali sunnah yang sebenar dengan menentang segala kesesatan di Negara kita ini.. Allaahu akbar!!!

Hukuman orang murtad dan cara untuk mereka bertaubat

TAUBAT BAGI ORANG YANG KELUAR DARI ISLAM

Adalah menjadi kewajipan bagi orang yang murtad untuk:
▪Kembali kepada Islam serta merta dengan mengucapkan kalimah shahadah dan;
▪Meninggalkan segala perkara yang menyebabkan riddah dan;
▪Berazam tidak akan mengulanginya lagi sehingga mati.

Jika seseorang itu tidak kembali kepada Islam dengan serta merta dengan ucapan kalimah shahadah , maka dia mesti dipaksa untuk mengucapkannya.

Jika dia tidak juga kembali kepada Islam selepas diarahkannya untuk kembali kepada Islam yakni hasil dari penyaksian 2 lelaki yang ^adil atau dari pengakuan si murtad itu sendiri, maka Khalifah akan membunuhnya (dan ini tidak bermakna si murtad boleh terkecuali dari dipaksa dengan memeluk agama lain kerana tidak diterima darinya selain dari agama Islam);Ini dilakukan dengan bersandarkan kepada hadith yang telah diriwayatkan oleh Al-Bukhariyy yang bermakna:
“ Barangsiapa yang meninggalkan Islam bunuhlah ia.”

Maka batal baginya:
puasa, tayammum, nikah (sebelum jima’ untuk kali pertama), nikah (selepas jima’ untuk kali pertama) sekiranya dia tidak kembali kepada Islam didalam waktu ^iddah.

Nikah orang yang murtad(lelaki atau perempuan)adalah tidak sah samada dengan orang yang Islam ataupun dengan orang yang bukan Islam.

Haram hukumnya memakan daging sembelihan orang yang murtad. Si murtad tidak boleh mewarisi harta dan hartanya juga tidak boleh diwarisi.

Sekiranya dia mati, mayatnya tidak boleh :
disembahyangkan (sesiapa yang menyembahyangkannya akan menjadi murtad sepertinya),
tidak boleh dimandikan , dikafankan atau dikuburkan di tanah perkuburan Islam.

Hartanya akan diserahkan kepada fay’.

Waspada dengan aqidah al-hulul

WASPADA DENGAN AQIDAH ALHULUL !!

Dizaman muta’akhir ini pelbagai perkara-perkara pelik kita jumpai, ada yang mengaku sebagai imam mahdi, mengaku sebagai nabi malah ada juga yang mengaku tuhan langit, kenapa perkara ini boleh berlaku?

Ini semua adalah disebabkan kejahilan dari segi ilmu akidah, perkara ini sudah menjadi satu menyakit kronik yang merebak secara berleluasa di Malaysia sekarang., penyakit ini jelas sekali kesesatannya.

Perkara yang ingin dipertengahkan disini ialah suatui ajaran sesat yang dinamakan sebagai akidah al-hululiyyah , mereka ini adalah golongan tasauf yang bergelar as-syaziliyyah alyusrithiyyah yang menyempang dari guru asalnya , meraka berfahaman bahawa Allah itu adalah jumlah alam ini -wal iyazubillah-, mereka mengatakan kpd orang yang berjumpa dgnnya kamu ni Allah, dinding ini Allah,
mareka ini sudah terkenal dikalangan masyarakat yang mereka ini mencium tangan antara satu sama lain tak kira lelaki mahupun perempuan. Ada salah seorang daripada mereka itu berkhutbah atas mimbar masjid dan secara terang-terangan mengatakan bahawa dirinya sebahagian daripada Allah.

Perkara sebegini tidak boleh disembunyikan lagi , menjadi kewajipan bagi orang islam memberi peringatan kepada orang lain tentang bahaya nya puak ini, ramai dari kalangan pendakwah-pendakwah sekarang ini hanya menitik beratkan masaalah aurat , kebebasan anak muda sedangkan masaalah yang bersangkutan dgn akidah , yang boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada islam tidak dititik beratkan sama sekali.

Golongan ini perlu dihapuskan sama sekali sebelum ianya merebak , perlu dipatahkan hujjah mereka dgn ayat suci Al-Quran, antara hujjah yang mudah diigati ialah firman Allah taala : الحمد لله رب العالمين maksudnya : {segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam } ayat ini jelas sekali menunjukkan bahawa adanya Allah dan adanya makhluk ciptaannya, ianya adalah suatu yang berbeza kerana Allah bukan makhluk dan makhluk bukan Allah..

Soal jawab hukum hakam berkaitan dengan Murtad

Apakah yang dimaksudkan dengan murtad dan berapakah bahagiannya?

Murtad memberi erti terputusnya Islam (terkeluar dari Islam), ianya terbahagi kepada tiga bahagian sepertimana yang disebutkan oleh Imam Nawawi dan juga ulama-ulama Syafie, Hanafie dan selain daripada mereka iaitu:

i Murtad berbentuk iktikad
ii Murtad berbentuk perbuatan
iii Murtad berbentuk perkataan.


Sebutkan dalil daripada hadis yang menunjukkan bahawa tidak disyaratkan berlaku murtad itu agar mengetahui hukumnya ?

Sabda Rasulullah :

" إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ لاَ يَرَى بِهَا بَأْسًا يَهْوِى بِهَا فِى النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا "

Maksudnya: "Sesungguhnya seorang hamba yang melafazkan kalimah yang dianggapnya tidak ada kemudaratan pada aqidah bahkan dengan kalimah itu dia terjerumus ke dalam api neraka yang jaraknya tujuh puluh tahun".( Diriwayatkan oleh : Imam At-Tirmizi dan dia mensohihkannya)

Iaitu jaraknya 70 tahun sampai ke dasar neraka tersebut dan merupakan penghujung neraka serta tempat yang dikhususkan bagi orang-orang kafir.Seterusnya kefahaman serta makna hadith diatas tadi ialah hadith dibawah ini yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim yang berbunyi:

" إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مَا يَتَبَيَّنَ َفِيهَا يَهْوِى بِهَا فِى النَّارِ أَبْعَدَ مِمَّا بَيْنَ اْلمَشْرِقِ وَ اْلمَغْرِبِ "

Maksudnya: "Sesungguhnya seorang hamba itu berkata dengan satu kalimah yang dianggap baginya tiada apa-apa kemudaratan ( walaupun kalimah itu dianggap biasa tetapi maknanya kufur), sedangkan kerana kalimah itulah dia terjerumus ke dalam api neraka yang jaraknya lebih jauh dari timur ke barat".

Pada hadith ini Al-Hafiz Ibnul Hajar dalam kitabnya Fathul Bari mentafsirkan hadith ini dengan berkata:
"وَذَلِكَ مَا كَانَ فِيهِ إِسْتِخْفَافٌ بِاللهِ أَوْ بِشَرِيعَتِهِ"

Maknanya: "Dan perkara tersebut (yang boleh terjerumus ke dalam api neraka) seperti menghina Allah atau menghina syariatNya".


Kedua hadis ini menjadi jelas dalil yang kukuh bahawa tidak disyaratkan berlakunya murtad agar mengetahui hukumnya atau berlapang dada atau beriktikad maknanya. Di sini perlu dijelaskan bahawa apa yang terkandung dalam kitab فِقْهُ السُّنَّةِ (fiqhus sunnah) yang mengatakan bahawa berlakunya kekufuran itu mestilah diketahui hukumnya. Tanggapan ini adalah kufur kerana bertentangan dengan hadith di atas tadi

Sebutkan dalil Al-quran yang mengatakan bahawa menghina Allah ta’ala dan rasulNya adalah kufur ?

Firman Allah ta’ala:

"وَلَِئن سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ قُلْ أَبِاللهِ وَءَايَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنتُمْ تَسْتَهْزِءُونَ، لاَ تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتمُْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ"

Maksudnya: “ Dan jika kamu nyatakan kepada mereka( tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan menjawap: sesungguhnya kami hanya bergurau senda dan bermain-main sahaja,Katakanlah: Apakah dengan Allah dan ayat-ayatNya dan rasulNya kamu selalu mempersenda?! tiada kemaafan bagimu kerana kamu kafir sesudah beriman".(Surah At-Taubah Ayat 65 dan 66)

Sebutkan salah seorang ulama yang menukilkan ijmak bahawa orang yang mencaci Allah ta’ala dikira kafir ?

Imam Qodhi E’yadh Al Yahsuby dalam karangan beliau yang berjudul Assyifa telah berkata:
لاَ خِلاَفَ أَنَّ سَابَّ اللهَ مِنَ اْلمُسْلِمِينَ كَافِرٌ
Maksudnya: "Tiada perselisihan antara ulama bahawa orang yang mencaci Allah adalah kafir".

Sebutkan salah seorang ulama yang menukilkan ijmak terhadap orang yang melafazkan lafaz kufur atau melakukan perbuatan kufur dikira kafir.

Imam Tajuddin As-Subky dalam muqaddimah kitabnya Attobaqot berkata:

" لاَ خِلاَفَ عِندَ اْلأَشْعَرِي وَ أَصْحَابِهِ بَلْ وَ سَائِرِ الْمُسْلِمِينَ أَنَّ مَنْ تَلَفَّظَ بِالْكُفْرِ أَوْ فِعْلِ أَفْعَا لِ الْكُفَّارِ أَنَّهُ كَا فِرٌ بِاللهِ الْعَظِيمِ مُخَلَّدٌ فِى النَّارِ وَإِنْ عَرَفَ قَلْبُهُ، وَأَنَّهُ لاَ تَنفَعُهُ الْمَعْرِفَةُ مَعَ الْعِنَادِ وَ لاَ تَغْنِي عَنْهُ شَيْئًا، لاَ يَخْتَلِفُ مُسْلِمَانِ فِى ذَلِكَ "

Maknanya: "Tidak ada khilaf di sisi Imam Al- Asy'ari dan sahabat-sahabat beliau serta semua umat Islam bahawa siapa yang melafazkan kalimah kufur atau melakukan perbuatan-perbuatan orang kafir dikira kafir dengan Allah Yang Maha Mulia Dia akan berkekalan di dalam api neraka walaupun hatinya mengetahui, dan tidak memberi manfa’at sekadar dia mengetahui hukum sedangkan dia menentang, pengetahuannya itu menjadi sia-sia sahaja dan tidak ada perbezaan antara dua orang muslim pada hal demikian".


Apakah hukum orang yang mengingkari perkara yang telah jelas atau diketahui ianya dari agama Islam ?

Barangsiapa mengingkari apa yang maklum ianya dari agama Islam (diketahui oleh para ulama dan juga orang awam dikalangan para muslimin) maka dia dikira kafir kecuali jika dia berkeadaan seperti orang yang baru memeluk agama Islam ataupun dia hidup berjauhan dari para ulama serta tidak mengetahui bahawa perkara tersebut merupakan sebahagian dari agama Islam, tetapi hendaklah apa yang diingkarinya itu bukanlah seperti penafian sifat yang wajib bagi Allah.


Ulama ada menyebut bahawa lafaz terbahagi kepada beberapa bahagian, terangkan pembahagian ini ?

Ulama-ulama telah membahagikan lafaz kepada dua bahagian iaitu lafaz zohir dan lafaz sorih.

i Lafaz zohir dari segi bahasa ialah lafaz yang mengandungi dua makna atau lebih tetapi salah satu daripadanya lebih hampir kepada makna yang kufur, barangsiapa yang bercakap dengan lafaz zohir ini maka tidak boleh terus dihukum kafir selagimana tidak diketahui apakah makna yang dimaksudkannya.

ii Manakala lafaz sorih pula adalah lafaz yang jelas maknanya dan tidak boleh ditakwilkan lagi, siapa yang melafazkan lafaz sorih ini maka dia telah terkeluar daripada Islam dan tidak perlu ditanya apakah yang dia maksudkan dari lafaz tersebut, kecualilah jika dia tidak mengetahui makna pada lafaz sorih tersebut,akan tetapi dia menganggap makna lafaz tersebut bukan sedemikian.


Apakah yang diwajibkan ke atas orang telah jatuh murtad ?

Diwajibkan ke atas orang murtad supaya segera kembali kepada agama Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah dan meninggalkan perkara murtad tersebut. Diwajibkan ke atas dia agar menyesal serta berazam agar tidak kembali kepada murtad.


Apakah yang perlu dilakukan oleh khalifah terhadap orang murtad yang tidak mahu kembali kepada Islam ?

Wajib keatas khalifah islam atau sesiapa yang diwakilkan olehnya agar menyuruh orang murtad tersebut bertaubat dengan mengucap dua kalimah syahadah dalam tempoh tiga hari dan diberi pilihan samaada dia kembali kepada agama Islam ataupun dibunuh jikalau dia enggan kembali kepada Islam.



Ini berdasarkan hadis Nabi yang berbunyi:
مَنْ بَدَّلَ دِينَهُ فَاقْتُلُوهُ""
Maksudnya: Siapa yang menukar agamanya(Islam) maka bunuhlah dia.
(Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari.)


Sebutkan sebahagian hukum yang berkaitan dengan murtad ?

Antara hukum yang berkaitan dengan murtad adalah puasa, tayammun dan nikah kahwin. Semua perkara-perkara tersebut terbatal walaupun dia telah kembali kepada Islam. Berkaitan dengan pernikahan pula, apabila seorang muslim itu telah murtad selepas dia melakukan akad nikah tetapi belum menggauli isterinya, maka pernikahannya tersebut dikira batal. Akan tetapi jikalau dia telah murtad selepas menggauli isterinya dan kembali semula kepada Islam sebelum tempoh ‘iddah isterinya maka dikira rujuk tanpa perlu akad nikah yang baru. Orang murtad tidak boleh mengahwini orang Islam, orang yahudi, orang kristian atau selain mereka. Diharamkan memakan penyembelihan mereka dan tidak boleh mewarisi harta dan tidak boleh diwarisi hartanya, tidak boleh sembahyang jenazah keatasnya dan tidak wajib memandikan dan mengkafankannya dan tidak boleh dikuburkannya di kawasan perkuburan orang-orang muslim. Harta peninggalannya digunakan untuk kebajikan umat Islam.

Terangkan tentang perlaksanaan amalan-amalan yang fardhu (wajib), dan ke atas siapa diwajibkan?

Setiap orang mukallaf wajib melakukan apa yang disuruh oleh Allah ta’ala seperti solat, puasa, zakat, haji dan selainnya. Mereka juga wajib melakukan perkara yang difardhukan beserta rukun-rukun dan syarat-syaratnya dan menjauhi perkara-perkara yang membatalkannya dan tidak memadai dia mengerjakan kewajipan-kewajipan tersebut dengan sekadar rupa dan bentuk perbuatan itu sahaja.

Sabda Nabi berbunyi:

"رُبَّ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلاَّ السَّهْرُ وَرُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلاَّ اْلجُوْعَ وَالْعَطْشَ"

Maksudnya:"Ramai orang yang berqiamullail tetapi tidak mendapat apa-apa kecuali berjaga malam dan ramai orang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa kecuali memperolehi lapar dan dahaga".(Diriwayatkan oleh Imam Ibnu Hibban)

Apakah yang diwajibkan ke atas mereka yang melihat orang lain meningalkan perkara yang wajib ?

Sesiapa yang melihat orang lain meninggalkan perkara yang wajib atau melihat orang lain melakukannya dengan cara yang salah, maka hendaklah menyuruh mereka melakukannya dengan cara yang betul. Dan wajib keatasnya menegah kemungkaran tersebut jika ia mampu, dan jika dia tidak mampu mencegah kemungkaran tersebut dan dia tidak mampu menyuruh perkara yang betul, maka wajib baginya mengingkari dengan hatinya, dan jika dia tidak mampu mencegah kemungkaran dan menyuruh kebaikan tersebut, dan yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman. ( bagi mereka yang tak mampu menegah kemungkaran hendaklah sekurang-kurangnya membencinya dalam hati )

Terangkan tentang menjauhi perkara-perkara yang haram.

Setiap mukallaf wajib meninggalkan semua perkara yang haram dan mencegah orang lain dari melakukannya. Jika dia mampu mencegah dengan cara yang tegas maka wajib dia melakukannya, jika dia tidak mampu untuk mencegahnya maka menjadi kewajipan keatasnya mengingkari dengan hati. Mencegah perkara-perkara yang haram disyaratkan agar tidak membawa kepada kemungkaran yang lebih besar dari kemungkaran tersebut. Jikalau hal ini mungkin berlaku, maka tidak diharuskan mencegahnya kerana ia akan berpindah dari satu kemungkaran kepada kemungkaran yang lebih besar.

Rasulullah bersabda:

"مَنْ رَأَى مِنكُمْ مُنكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِن لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِن لَّمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ اْلإِيمَانِ"

Maksudnya: "Barangsiapa dikalangan kamu yang melihat (mengetahui) kemungkaran maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, jika tidak mampu maka dengan lidahnya, jika tidak mampu maka dengan hatinya dan itu lah selemah-lemah iman". (Diriwayatkan oleh Imam Al-Muslim)

Apakah yang dimaksudkan dengan haram dan wajib ?

Haram adalah perkara yang siapa melakukannya akan mendapat dosa dan jika ditinggalkan mendapat pahala. Allah ta’ala telah menyuruh hamba-hambaNya agar menjauhi perkara yang haram dan melakukan perkara yang wajib.
Wajib pula adalah perkara yang siapa melakukannya mendapat pahala dan jika ditinggalkan mendapat dosa.


Berikan sebahagian contoh iktikad-iktikad yang berbentuk kufur.

Barangsiapa yang menganut agama selain dari Islam, tidak mempercayai ayat-ayat Al-quran, tidak beriman dengan nabi-nabi yang wajib diketahui, beriktikad bahawa perkara yang haram itu adalah halal yang mana perkara tersebut telah diketahui secara umum bahawa ianya haram dan juga beriktikad bahawa yang halal itu adalah haram, menyamakan Allah ta’ala dengan makhlukNya seperti berikitikad bahawa Allah bertempat atau mempunyai had yang tertentu, dan semua iktikad-iktikad yang berbentuk kufur, Maka sesiapa yang beriktikad dengan perkara-perkara tersebut maka terkeluar dari Islam.

Berikan contoh perbuatan-perbuatan yang kufur.

Melempar Al-quran ditempat-tempat yang kotor, sujud kepada berhala atau matahari, atau melakukan perbuatan yang telah disepakati oleh umat Islam bahawa ianya tidak dilakukan kecuali dari orang kafir. Barangsiapa yang melakukannya maka dia terkeluar dari agama Islam .


Berikan contoh percakapan-percakapan yang kufur.

Menghina Allah ta’ala, rasul-rasulNya, agama Islam, kaabah, syurga, ancaman-ancaman Allah yang telah ditetapkan olehNya, atau menghina solat, haji dan semua syiar Islam. Semua ini barangsiapa yang menghinanya maka dia terkeluar dari Islam.

Kaedah : Setiap pegangan, perbuatan atau percakapan yang menunjukkan penghinaan terhadap Allah ta’ala, para malaikatNya, Nabi-nabiNya, janji-janji baik, ancaman-ancamanNya atau syiar Islam maka dikira kufur. Maka ingatkanlah kepada masyarakat tentang perkara ini dengan bersungguh-sungguh dalam semua keadaan

Sebutkan kata seorang ulama muktabar yang menerangkan tentang pembahagaian murtad itu kepada tiga bahagian, iaitu iktikad ( hati ), perbuatan dan percakapan ?

Perkara ini telah disebut oleh Imam An-Nawawi dalam kitabnya Al-Minhaj dan kitabnya yang lain seperti kitab Raudhatol Tolibin :

"الرِّدَّةُ هِيَ قَطْعُ اْلإِسْلاَمِ بِنِيَّةٍ أَوْ قَوْلِ كُفْرٍ أَوْ فِعْلٍ سَوَاءٌ قَالَهُ اِسْتِهْزَاءً أَوْ عِنَادًا أَوْ اعْتِقَادًا"

Maknannya: "Murtad itu ialah terputusnya Islam disebabkan niat atau percakapan atau perbuatan samaada bertujuan menghina atau menentang atau beriktikad".
>

Komen Terkini

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog
 

Posts & Comments

get this

Trafik

 
Blogger Templates