Social Icons

Pages

Sunday, May 17, 2009

Apakah makna sifat Allah "al-wahid" dan "al-ahad"

Apakah makna “ اَلْوَاحِدُ ” jika dilafazkan kepada Allah?

Erti “اَلْوَاحِدُ ” ialah Esa dengan makna tidak ada sekutu bagiNya pada ketuhanan dan tidak ada selainNya yang berhak disembah.

Firman Allah Ta'ala:
وَإِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ " "

Maksudnya : “ Dan Tuhanmu yang Maha Esa ”. (Surah Al-baqarah: Ayat 163)




Kata Imam Abu Hanifah dalam kitab Fiqhul Akbar :

"وَاللهُ وَاحِدٌ لاَ مِن طَرِيقِ الْعَدَدِ وَلَكِنْ مِن طَرِيقِ أَنَّهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ"

Maksudnya: “ Allah ta’ala itu Esa bukan secara bilangan tetapi secara bahawa tiada sekutu bagiNya ”.

Apakah makna “ الأَحَدُ ” ?

Setengah ulama mengatakan bahawa “ َاْلأَحَدُ ” dengan makna“اَلْوَاحِدُ” bererti tiada sekutu bagiNya. Setengah ulama pula mengatakan َاْلأَحَدُ bermakna yang tidak boleh dibahagi-bahagikan, maksudnya tidak berbentuk kerana bentuk itu menerima pecahan, jadi Allah ta’ala bukan zat yang berbentuk.

Firman Allah Ta'ala:
قُلْ هُوَ الله ُأَحَد ٌ" "

Maksudnya: “Katakanlah Dia Allah yang Maha Esa" (esa dengan makna tiada sekutu bagiNya dan esa dengan makna Dia tidak boleh dibahagi-bahagikan dan Dia bukanlah jisim). (Surah Al-Ikhlas Ayat 1)

Firman Allah Ta'ala dalam mencela orang kafir:

وَجَعَلُوا لَهُ مِنْ عِبَادِهِ جُزْءًا

Maksudnya: “Dan mereka menjadikan sebahagian dari hamba-hambanNya sebagai bahagian daripadaNya”. (surah Az-zukhruf: ayat 15)

Imam Abu Hasan Al Asy’ari dalam kitab An-nawadir berkata:

" مَنِ اعْتَقَدَ أَنَّ الله َجِسْمٌ فَهُوَ غَيْرُ عَارِفٍ بِرَبِّهِ وَإِنَّهُ كَافِرٌ بِهِ "

Maksudnya: “Barangsiapa yang beriktiqad bahawa Allah ta'ala itu berjisim (mempunyai bentuk) maka dia tidak mengenali tuhannya dan sesungguhnya dia telah jatuh kufur disebabkan iktiqad tersebut".

1 comment:

>

Komen Terkini

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog
 

Posts & Comments

get this

Follow by Email

Trafik

 
Blogger Templates