Social Icons

Pages

Monday, May 18, 2009

keterangan sifat kalam bagi Allah ta'ala

Terangkan sifat kalam bagi Allah ta’ala?

Imam Abu Hanifah berkata dalam kitabnya Al Fiqhul Absot:

" وَيَتَكَلَّمُ لاَ كَكََلاَمِنَا، نَحْنُ نَتَكَلَّمُ بِاْلآلاَتِ مِنَ الْمَخَارِجِ وَ الْحُرُوْفِ وَ اللهُ مُتَكَلِّمٌ بِلاَ ءَالَةٍ وَلاَحَرْفٍ"

Maknanya: "dan Dia ( Allah) berkata tidak menyerupai percakapan kita, kita bercakap menggunakan alat yang daripadanya keluar huruf (makhraj huruf seperti lidah,bibir dan sebagainya), sedangkan Allah berkata-kata tanpa alat dan tanpa huruf"

KalamNya tiada permulaan dan tiada akhirnya, tidak berlaku pada kalamnya itu diam atau tersekat kerana kalamNya tidak menyerupai percakapan makhluk yang berhuruf dan bersuara.

Firman Allah ta^ala:
"وَكَلَّمَ الله ُمُوسَى تَكْلِيمًا

Maksudnya: “Dan Allah berkata kepada Musa secara langsung( dengan tanpa perantaran)".( Surah An-nisa' : Ayat 164)

Ayat ini menjadi dalil bahawa Allah ta’ala itu mempunyai sifat kalam yang azali.

Terangkan maksud kata ulama:

"ِلأَنَّهُ سُبْحَانَهُ مُبَايِنٌ لِجَمِيْعِ الْمَخْلُوقَاتِ فِي الذَّاتِ وَ الصِّفَاتِ وَ اْلأَفْعَالِ"

Kerana sesungguhnya Allah ta'ala tidak menyerupai kesemua makhlukNya sama ada dari segi zat iaitu zat Allah ta'ala tidak menyerupai zat makhluk atau dari segi sifat iaitu sifatNya tidak menyerupai sifat makhluk atau dari segi perbuatan iaitu perbuatanNya tidak menyerupai perbuatan makhluk kerana perbuatan Allah ta'ala itu adalah azali manakala yang dicipta itu (makhluk) adalah baharu.

Firman Allah Ta’ala:
"وَلِلَّهِ الْمَثَلُ اْلأَعْلَى"
Maksudnya: "Dan Allah mempunyai sifat yang Maha Tinggi".
)Surah An-nahl:Ayat 60)

Ayat ini menjadi dalil bahawa sifat-sifat Allah tidak menyamai sifat-sifat makhluk.

Imam Abu Hanifah dan Imam Al Bukhari berkata:

فِعْلُهُ تَعَالَى صِفَةٌ لَهُ فِي اْلأَزَلِ وَ الْمَفْعُولُ حَادِثٌ""
Maksudnya: "Perbuatan Allah ta’ala adalah sifat azali manakala yang dibuat (perkara-perkara yang berlaku ke atas makhluk dari kenikmatan , kematian dan sebagainya) adalah baru (yang dicipta)".

Apakah maksud kata ulama: سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يَقُولُ الظَّالِمُونَ عُلُوًّا كَبِيرًا

Makna ‘سُبْحَانَهُ ‘ialah Maha Suci Allah daripada sifat-sifat kekurangan begitu juga makna ‘تَعَالَى ‘memberi erti yang sama. Allah ta’ala Maha Suci daripada apa yang dikatakan oleh orang-orang zalim. Yang dimaksudkan dengan orang-orang zalim disini ialah orang kafir kerana kekufuran itu adalah kezaliman yang paling besar lagi nyata.

Allah Ta’ala berfirman:
"وَالْكَافِرُونَ هُمُ الظَّالِمُونَ"

Maksudnya: " Dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang zalim ".
(Surah Al-Baqarah : Ayat 254)

No comments:

Post a Comment

>

Komen Terkini

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog
 

Posts & Comments

get this

Trafik

 
Blogger Templates