Social Icons

Pages

Monday, May 18, 2009

Sifat Allah yang wajib diketahui

Ulama mengatakan wajib mengetahui sifat tiga belas yang wajib bagi Allah ta’ala, apakah sifat-sifat tersebut ?

Mengetahui sifat tiga belas yang wajib bagi Allah ta’ala adalah fardhu ain dan menjadi kewajipan setiap individu muslim untuk mengetahuinya. Ianya disebut secara berbilangkali di dalam Al-Quran samaada dengan lafaznya atau secara makna. Ianya adalah seperti berikut:

8- Berkehendak :َاْلإِرَادَةُ
9- Mengetahui : اَلْعِلْمُ
10- Mendengar :اَلسَّمْعُ
11- Melihat : اَلْبَصَرُ
12- Hidup :اَلْحَيَاةُ
13- Berkata :اَلْكَلاَمُ
1- Ada :اَلْوُجُوْدُ
2- Esa : اَلْوَحْدَانِيَّةُ
3- Sediakala: اَلْقِدَمُ
4- Kekal :اَلْبَقَاءُ
5- Berdiri Allah dengan sendirinya : قِيَامَهُ بِنَفْسِهِ
( Tidak berhajat pada yang lain)
6- Berkuasa : اَلْقُدْرَةُ
7- Bersalahan Allah ta’ala dengan yang baru : مُخَالَفَتُهُ تَعَالَى لِلْحَوَادِثِ

Ceritakan tentang sifat-sifat wajib bagi Allah yang mana semuanya bersifat azali ?

Setelah kita beriktiqad dan meyakini bahawa zat Allah ta’ala bersifat azali dan tiada permulaan bagi kewujudanNya maka begitu jugalah dengan sifat-sifatNya yang tidak bersifat baharu. AdaNya tanpa permulaan. Allah ta’ala itu azali maka sifatnya juga azali.

Imam Abu hanifah dalam kitab Al-Fiqhul Absot berkata:

"فَصِفَاتُهُ غَيْرَ مَخْلُوقَة وَلاَ مُحْدَثَة، وَالتَّغَيُّرُ وَاْلاِخْتَلاَفُ فِى اْلأَحْوَالِ يَحْدُثُ فِى الْمَخْلُوقِين، وَمَنْ قَالَ إِنَّهَا مُحْدَثَة أَوْ مَخْلُوقَة أَوْ تَوَقَّفَ فِيهَا أَوْ شَكَّ فِيهَا فَهُوَ كَا فِرٌ"

Maknanya: "Sifat-sifat yang wajib bagi Allah itu bukanlah makhluk dan bukanlah baharu (yang asalnya tiada kemudian diwujudkan), dan yang berubah dari satu keadaan ke keadaan yang lain, itu hanya terjadi kepada makhluk, dan siapa yang mengatakan bahawa sifat Allah itu baharu atau makhluk atau tawaqquf (seperti dia mengatakan: “aku tidak mengatakan sifat Allah itu azali dan aku juga tidak mengatakan ianya baharu”) atau ragu-ragu padanya, maka sesungguhnya dia telah kafir"

No comments:

Post a Comment

>

Komen Terkini

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog
 

Posts & Comments

get this

Trafik

 
Blogger Templates