Social Icons

Pages

Monday, May 18, 2009

Syurga & Neraka

Ceritakan tentang syurga ?

Syurga adalah Darus salam dan merupakan makhluk yang telah wujud sekarang dan ianya berkekalan tanpa ada kesudahan.

Firman Allah Ta’ala:

"وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفرِةٍ مِّن رَّبَّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَ اْلأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلِمُتَّقِينَ"

Maksudnya: "Dan bersegeralah kamu memohon keampunan dari tuhanmu dan syurga yang luasnya langit dan bumi telah disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa".(Surah Al-Imran : Ayat 133)

Firman Allah Ta’ala lagi:

"وَمَن يُطِعِ الله َوَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا اْلأَنْهَارُ خَا لِدِينَ فِيهَا، وَذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ"

Maksudnya: "Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya nescaya Allah akan masukkan dia ke dalam syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal didalamnya dan itulah kemenangan yang besar".( Surah An-Nisa' : Ayat 14)

Kebanyakan penghuni-penghuni syurga dari kalangan orang-orang yang fakir. Hal ini ada disebut di dalam hadis nabi sallallahu’alaihi wasallam:

دَخَلْتُ الْجَنَّةَ فَرَأَيْتُ أَكْثَرَأَهْلُهَا الْفُقَرَاء...""

Maknanya: "aku telah masuk ke dalam syurga dan aku lihat kebanyakan penghuninya adalah orang-orang faqir...".

Allah ta’ala telah menyediakan bagi orang-orang yang soleh ganjaran yang besar, sepertimana sabda Rasulullah dalah hadis qudsi:
"قَالَ الله ُعَزَّ وَجَلَّ:
أَعْدَدْتُ لِعِبَادِيَ الصَّالِحِينَ مَا لاَ عَينٌ رَأَتْ وَلاَ أُذُنٌ سَمِعَتْ وَلاَ خَطَرَ عَلَى قَلْبِ بَشَرٌ"

Maknanya: "Allah ta’alla berfirman: Aku telah menyediakan bagi orang-orang yang soleh itu apa yang tidak pernah dilihat dengan mata, dan tidak pernah didengari dengan telinga, dan tidak pernah terlintas di hati manusia"
( Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari )


Penghuni-penghuni syurga akan melihat Allah ta’ala dengan mata mereka sendiri di hari akhirat kelak, terangkan perkara ini ?

Wajib kita beriman bahawa Allah ta’ala dapat dilihat di akhirat kelak. Penghuni-penghuni syurga di akhirat kelak akan melihat Allah ta’ala dengan mata mereka sendiri tanpa Allah bertempat dan berbentuk.

Firman Allah Ta’ala:

وُجُوهٌ يَّوْمَئِذٍ نَّاضِرَةٌ، إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ""

Maksudnya: "Muka (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri, kepada Tuhanlah mereka melihat".(Surah Al-Qiamah : Ayat 22,23)

Sabda Nabi pula:

إِنَّكُمْ سَتَرَوْنَ رَبَّكُمْ يَوْمَ الْقِيَاَمِة كَمَا تَرَوْنَ الْقَمَر لَيْلَةَ الْبَدْرِ لاَ تَضَآمُونَ فِى رُؤْيَتِهِ"

Maknanya: “Kamu semua akan melihat Tuhan kamu (Allah) pada hari kiamat sepertimana kamu melihat bulan dimalam bulan purnama , kamu tidak akan ragu-ragu lagi pada penglihatan itu”.
(Diriwayatkan oleh Imam Al-Muslim)

Dalam hadis ini Rasulullah menyamakan pandangan umatnya seumpama melihat bulan yang cerah, tidak samar-samar lagi pada pandangan tersebut. Hadis ini bukanlah memberi makna bahawa Allah ta’ala seperti bulan na’uzubillahminzalik.

Imam Abu Hanifah berkata pula didalm kitabnya "Fiqhul akbar":

"وَالله ُتَعَالَى يُرَى فِى الآخِرَةِ، يرَاهُ الْمُؤْمِنُونَ وَهُمْ فِى الْجَنَّةِ بِأَعْيُنِ رُءُوسِهِمْ بِلاَ تَشْبِيهٍ وَلاَ كَيْفِيَّةٍ وَلا َيَكُونَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ خَلْقَه مَسَافَة"
Maknanya: Dan Allah ta’ala akan dilihat di akhirat kelak, orang-orang mukmin melihatNya ketika mereka berada di dalam syurga dengan mata mereka sendiri tanpa Allah menyerupai makhluk,mempunyai bentuk, kadar yang tertentu dan tiada jarak diantara Allah dan makhlukNya"

Ceritakan tentang api neraka ?

Kewujudan neraka adalah benar, ianya telah dicipta oleh Allah sekarang.dan kita diwajib mempercayainya. Neraka adalah api yang teramat panas yang dicipta oleh Allah ta’ala, tempatnya berada di bawah bumi yang ketujuh, ia akan berkekalan tanpa ada kesudahan.

Firman Allah ta’ala:

"إِنَّ اللهَ لَعَنَ الْكَافِرِينَ وَأَعَدَّ لَهُمْ سَعِيرًا خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا. لاَ يَجِدُونَ وَلِيًّا وَلاَ نَصِيرًا""

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah melaknati orang–orang kafir dan menyediakan bagi mereka api yang menyala-nyala(neraka), mereka kekal didalamnya selama-lamanya tiada pelindung dan penolong bagi mereka".

No comments:

Post a Comment

>

Komen Terkini

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog
 

Posts & Comments

get this

Trafik

 
Blogger Templates