Social Icons

Pages

Tuesday, February 15, 2011

MAULIDUR RASUL

BERSAMA MENYEMARAKKAN MAULIDUR RASUL
Sempena memperingati hari kebesaran baginda nabi besar Muhammad sallallahualaihi wasallam, marilah kita sama-sama menghayati firman Allah taala dalam surah al-taubah ayat 128:
لقد جآءكم رسول من أنفسكم عزيز عليه ما عنتم حريص عليكم بالمؤمنين رءوف رحيم
Maksudnya:
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad sallallahualaihi wasallam), Yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan Yang ditanggung oleh kamu, Yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, dan ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang Yang beriman.
Dia lah Muhammad sallallahualaihi wasallam. Muhammad bererti orang yang banyak mendapat pujian dari manusia kerana terlalu banyak budipekerti yang terpuji terdapat pada diri baginda. Dialah Muhammad yang merupakan seorang nabi yang ummiy (tidak boleh membaca) yang diutuskan kepadanya kitab Al-Quran yang dapat melemahkan golongan fusoha’ (golongan yang handal dalam penunturan bahasa) , baginda datang dengan membawa hidayah yang menjadi ikutan padanya oleh golongan ulama’ dan golongan bijaksana.
Dalam hadis ada menyebut bahawa Allah Taala berkata kepada nabi adam
( لولا محمد ما خلقتُك ) bererti kalaulah tidak kerana Muhammad aku tidak akan menjadikan mu. maksudnya aku ciptakan dunia ini untuk aku zahirkan Muhammad sebagai semulia-mulia makluk. Aminah ibu nabi Muhammad pernah di datangi dalam mimpinya panggilan yang menyatakan kepadanya sesungguhnya engkau akan mengandungkan semulia-mulia makluk penghulu sekelian alam, maka namakanlah dia apabila kamu melahirkannya dengan panggilan “muhammmad” kerana dia pada kesudahannya akan selalu dipuji.
Sesungguhnya Allah taala mengutuskan nabi muhammad dan menjadikan baginda sebaik-baik dan semulia-mulia makhluk dari kalangan manusia, kelebihan-kelebihan ini jelas terpapang pada diri baginda bagi membuktikan ketingian darjat dan kemuliannya berbanding dengan makluk Allah yang lain sehinggakan ketika saat kelahiran baginda zahir tanda-tanda yang menunjukan keagungan dan keberkatan baginda.. sebahagian ulama’ mengatakan dalam karangan kitab mereka yang mengisahkan tentang kisah kelahiran baginda: “berkata Aminah binti wahab (ibu nabi) “ketika aku melahirkan rasulullah aku melihat baginda mendungak ke langit sambil mengisyaratkan dengan jarinya lalu malaikat jibril mengambilnya dan membawa terbang dengannya bersama malaikat-malaikat, malaikat mikail menyelimuti baginda dengan pakaian putih dari syurga seturusnya diberikan baginda kepada malaikat ridwan lalu mengusapnya seperti umpama burung mengusap-ngusap sayapnya , ketika itu aku hanya menjadi pemerhati’ baginda Rasulullah ketika diperlakukan seperti itu seolah-olah mengatakan lakukan lagi.. lakukan lagi.., lalu malaikat ridwan berkata kepada baginda cukuplah wahai kekasih Allah, sesungguhnya Allah Taala memberikan kepadamu pengetahuan dan kemurahan hati. Berpeganglah olehmu dengan tali yang teguh, Siapa yang menerima perkataanmu dan mengikuti syariatmu maka akan dihimpunkan di padang mahsyar kelak dalam kelompokmu. Tiba-tiba muncul suara menyeru:”Bawalah berjalan bersamanya ke timur dan ke barat. tunjukkanlah kepadanya tempat kelahiran nabi-nabi, berilah kepadanya ketulusan nabi Adam, pengetahuan nabi Syith, belas kasihan nabi Nuh, perkasihan nabi Ibrahim, kerelaan nabi Ishak. kefasihan nabi Ismail. kebijaksanaan Lukman, kesabaran nabi Ayub, kemerduan suara nabi Daud, kekuatan nabi Musa, kerendahan diri nabi Isa, kefahaman nabi Sulaiman, kelemah-lembutan nabi Danial, kewibawaan nabi Ilyas, kemaksuman nabi Yahya, keterbukaan nabi Zakaria, maka benamkanlah semua ini dalam akhlak nabi Muhammad dan sembunyikanlah baginda daripada pandangan mata dunia, inilah dia kekasih Tuhan sekalian alam.
Amat beruntunglah bagi batu yang pernah dipeluknya, beruntunglah bagi ibu susu yang menyusukannya dan beruntunglah bagi rumah yang didiaminya. kata burung, ”kamilah yang akan menjaganya” , kata malaikat, ”kamilah yang lebih layak”, binatang pula berkata,”kami yang akan menyusukannya”.
Berkata Allah Taala,
( أنا أولى بحبيبي ونبيي محمد صلى الله عليه وسلم فإني قد كتبتُ أن لا ترضعه إلا أمتي حليمة ).
Yang bermaksud: Akulah yang lebih utama terhadap kekasihku dan nabi ku Muhammad. Sesungguhnya aku telah tetapkan bahawa tiada yang dapat menyusukannya kecuali hambaku Halimah.
Diceritakan bahawa ada seorang lelaki yang tinggal di Basrah. Pada setiap tahun dia mengadakan majlis Maulidur rasul, dan adalah ditepi rumahnya tinggal sekeluarga beragama Yahudi. Berkata isteri Yahudi , ”Apa kena dengan jiran kita yang muslim ini.. setiap tahun pada bulan Rabiulawal dia akan menghabiskan harta yang banyak? Berkata suami kepadanya,”Dia mendakwa bahawa nabinya lahir pada bulan tersebut”. Pada malam itu, isteri Yahudi tersebut tidur lalu dia bermimpi, dalam mimpi dia melihat seorang lelaki yang memiliki keagungan dan ketenangan, seorang yang memiliki kehaibahan dan cahaya, dia berada antara dua orang sahabat sedang berjalan, tubuhnya bercahaya seperti bulan. lalu perempuan yahudi menyapa salah seorang daripada sahabat “siapakah orang yang bercahaya itu lalu dibalas oleh sahabat “inilah dia nabi terpilih, nabi dari bangsa arab, perempaun tadi berkata lagi “adakah dia akan bercakap dengan ku apabial aku mengajak bercakap?” lalu sahabat tadi berkata kepadanya “sesungguhnya dia bukan seorang yang takabur, bukan orang yang angkuh” , perempuan yahudi menyapa nabi “wahai Muhammad..!” lalu dijawab oleh baginda dengan perkataan yang lemah-lembut, lalu perempuan yahudi terus berkata: “engkau bercakap dengan orang yang seumpama aku dengan kalimah sopan sebegini sedangkan aku bukan dari agama mu”. Rasulullah menjawab “Aku tidak akan berkata demikian kecuali setelah aku tahu bahawa Allah taala telah menetapkan bagimu hidayah, lalu bekata perempuan tadi “Sesungguhnya engkaulah rasul mulia..! engkaulah manusia agung..! sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang selayaknya disembah kecuali Allah dan aku naik saksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah. Kemudian apabila dia terjaga, dia bernazar untuk sedekahkan segala apa yang dimilikinya sebagai tanda gembira dengan agama islam yang baru dianutinya, maka tatkala dia bangun keesokan harinya terus dia melafazkan shahadah , kemudian dia melihat suaminya sedang membuat persiapan untuk suatu majlis dan bertungkus lumus padanya lalu perempuan tadi menegur suaminya “untuk apakah kamu lakukan semua ini?, lantas suaminya menjawab “ini semua adalah untuk meraikan orang yang mengislamkan engkau semalam” perempuan tadi terkejut sebab dia belum memberitahu sesiapapun tentang hal ini, lalu ditanya kepada suaminya “siapa yang beritahu kamu tentang hal ini? Suaminya lantas menjawab “ yang memberitahuku adalah orang yang mengislamkan aku setelah dia mengislamkan kamu.. tiba-tiba dengan sepontan masing-masing mengucap
“ أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدًا رسول الله “

Monday, February 7, 2011

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH

Orang yang melahirkan rasa kasih sayang sesama mereka kerana Allah, maka pada hari khiamat kelak Allah akan melindungi mereka dibawah naungan arasy. Pada hari qiamat tiada apapun yang dapat dijadikan tempat berteduh kecuali naungan arasy, bumi ini akan ditukar ganti, tiada gunung yang kekal, begitu juga bukit-bukau, semuanya sama rata,
Begitulah keadaan bumi pada masa itu , rata-seratanya. Tiada pokok, tiada gua. Bumi ini akan digoncangkan dengan kuat, gunung ketika itu menjadi seperti debu beterbangan di udara. Allah taala memindahkan semua manusia pada waktu itu di suatu tempat gelap di tepi titian SIRATULMUSTAQIM. Semua mereka dipindahkan dengan kuasa Allah Taala. Kemudian setelah mana digantikan dengan bumi baru (Ardul Mubaddalah), maka Allah kembalikan mereka semula ke bumi tersebut, maka saat itu, tiada lagi tempat bersembunyi,tiada lagi tempat tinggi, tiada pokok, tiada tempat berteduh. Tidak ada naungan ke atas manusia ketika itu kecuali bergantung kepada amalan mereka. Orang yang Allah taala kehendaki mereka selamat dan mendapat kerehatan daripada kepanasan matahari, mereka ini akan berada di bawah naungan Arasy yang menjadi tempat berteduh mereka. Mereka yang berkasih-sayang di dunia semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah, bukan kerana harta, bukan kerana hawa nafsu dan bukan pula kerana hubungan kekeluargaan bahkan kasih-sayang kerana Allah semata-mata, Allah taala akan selamatkan mereka daripada kepanasan matahari.
Kepanasan matahari yang dikenakan terhadap orang kafir pada saat itu,peluh mereka sahaja sehingga mencapai paras mulut mereka. Mereka hampir-hampir mati tetapi tidak mati,tiada lagi kematian pada hari Kiamat kelak walau sekuat mana azab yang menimpa diri mereka, namun mereka tetap hidup dan sentiasa merasai azab yang amat pedih tanpa diiringi dengan kematian. Di dunia ini,jika manusia dibakar dengan api mereka akan mati, apabila ditikam mereka akan mati, apabila ditembak dengan puluru mereka akan mati, tetapi di akhirat berbeza ceritanya.
Berkasih-sayang kerana Allah, beerti saling bantu-membantu dalam melakukan kebaikan bukan saling membantu dalam melakukan kejahatan atau maksiat. Mereka inilah orang yang akan dilindungi arasy. Ada dikalangan mereka ini, Allah taala tempatkan mereka di atas kerusi daripada cahaya,pakaian mereka cahaya,wajah mereka bercahaya,kerusi mereka bercahaya,mereka ini adalah orang-orang yang terpilih (Al-Khawwas)daripada kalangan hamba Allah yang bertaqwa. Berkasih-sayang kerana Allah, mempunyai kelebihan yang besar di akhirat kelak. Bersikap tulus tanpa sebarang penipuan, antara satu sama lain tidak mengajak sahabatnya melakukan kejahatan atau maksiat,bahkan mencegahnya,orang seperti inilah yang dikatakan berkasih-sayang kerana Allah.
Adapun mereka yang berkasih sayang bagi tujuan maksiat atau sekadar untuk memenuhi kehendak nafsu atau disebabkan harta kekayaan, mereka ini tidak mendapat apa-apa kelebihan daripada kasih sayang yang mereka pupuk, tiada apa yang membahagiakan mereka di akhirat nanti, bahkan mereka yang bekerja sama dalam melakukan maksiat terhadap Allah akan dikenakan azab yang pedih, di akhirat kelak masing-masing akan berjauhan, saling melarikan diri kerana takut dituntut hak atasnya, tapi pada hari itu ke mana hendak lari? Semuanya tidak akan terlepas dari hukuman.
>

Komen Terkini

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog
 

Posts & Comments

get this

Trafik

 
Blogger Templates