Dikesempatan pagi yang mulia ini saya ingin
mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 1433 Hijrah. Sekarang
ini kita berada pada hari ke5 bulan mulia, bulan yang dirindui, bulan
yang dibuat janji untuk mentaati Allah sebanyak-banyaknya, bulan yang
amat sesuai untuk kita menambah bekalan serta mengharapkan keredhoan
Allah Ta'ala.
Ramadhon merupakan penghulu segala bulan, ia adalah bulan yang dipenuhi
dan dilimpahi dengan segala keharmonian. Di dalamnya terdapat satu malam
yang terlebih baik dari seribu bulan iaitu malam lailatul qodar yang
dinantikan. Ramadhon adalah bulan penyucian jiwa dari kesalahan dan
dosa-dosa, bulan yang penuh keberkatan, bulan yang
awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya selamat dari api neraka.
Ramadhon adalah bulan untuk menggiatkan amal ibadah, bantuan, memberi
makan kepada yang memerlukan, bulan membaca Al-Quran, beri’tikaf di
masjid, bukan bulan untuk bersantai, tidur banyak, malas, makan makanan
yang enak lagi mewah tetapi Ramadhon adalah bulan zuhud iaitu bulan
untuk mengajar dan menyekat hawa nafsu daripada memenuhi keinginannya
kepada kelazatan yang memukau.
Tanamkanlah azam dalam hatimu pada bulan Ramadhon ini untuk mengikuti
jejak langkah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang pernah
menempuhi kesusahan selama berbulan dapur rumahnya tidak berasap dan
apabila beliau makan pada selain bulan ramadhon beliau hanya makan
sembilan suapan pada paginya dan sembilan lagi pada petangnya, tidak
lebih dari itu. Ingatlah selalu firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Tiadalah kehidupan dunia ini kecuali kesenangan yang memperdayakan.”
[surah aali’imran: 185]
Janganlah penuhi fikiran kita dengan memikirkan makanan apakah yang kita
nak jadikan hidangan berbuka, tetapi fikirkanlah “masjid manakah yang
kita akan hadiri... marilah kita sama-sama berpesan-pesanan meninggalkan
amalan bermewah-mewah kerana merutimkan hidangan makanan mewah setiap
hari tidak mendatangkan kebaikkan kerana itu bukanlah cara hidup para
wali dan nabi-nabi.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: Awasilah dirimu daripada
bermewah-mewah kerana para-para nabi bukanlah hidup dengan
bermewah-mewah. Rasulullah pada kebanyakan harinya hanya makan tamar
beserta air sahaja dan kadang-kadang roti bersama kuah itupun
jarang-jarang.
Wednesday, July 25, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)