Social Icons

Pages

Friday, November 18, 2016

KEM PONDOK DARUSSUNNAH

📚Anak anda sudah hampir/ baligh.. 👉Tetapi kefahaman & penghayatan agama islam masih kurang???💥💥

💐Hantar anak anda pd musim cuti sekolah ini utk sertai kami..

 🌿pada ketetapan seperti berikut : 🔹Tarikh : 4 dis - 15 dis 2016 🔹8.00pagi - 5.00 petang
🔹Hari : Ahad hingga khamis 🔹Tempat : Dewan khas -Surau Darussunnah, alor tempoyak, Dungun terengganu..
🔹Umur :11 - 18 Tahun

💥Mengapa anda perlu kem ini untuk anak anda..???📌 🌹 Al-Quran diajar secara latih tubi bacaan ayat pilihan/ menguasai tajwid secara amali.. 🌹Pemantapan Hafazan Surah lazim & al-fatihah untuk dibaca dlm solat.. 🌹Mendalami Ilmu Usuluddin -pemantapan aqidah anak muda.. 🌹Mendidik Menjadi Anak Soleh/Solehah yg beramal berdasarkan ilmu Dgn penguasaan ilmu feqh dan tasawuf.. Yuran penyertaan : RM260 SAHAJA!! 

📚Peserta bakal memperoleh: ✅Sijil Penyertaan ✅Pengalaman yang bernilai 🎁Istimewa: 💞Pelajar akan didedahkan ttg: 🎉Teknik bacaan Al-Quran secara bertarannum.. 🎉Teknik penulisan khat ruq'ah & nasakh. 📲 Sebarang persoalan dan pertanyaan sila hubungi: 📌019 9875531 (Ust Syam) 📌 013 9757180(Ustazah Hazni)

*MAKLUMAN* Pendaftaran mesti dilakukan pada 3 Disember 2016. (Sabtu) Bermula jam 9:00 pagi -12.00 tghari.. di surau darussunnah.. 🔦Pendaftaran adalah terhad. 🌻InsyaAllah Baroqah🌻 🌻Pastikan anda membuat pilihan yang bijak. 💥💥Turut ditawarkan : 💐KEM SUPER TAHFIZ PLUS ++ 📢📢 Untuk umur 7 tahun keatas (lebih fokus kepada hafazan surah pilihan.. 🌻Jangan lepaskan Peluang Keemasan ini.. 🌸 Minta Tolong Semua Sebarkan Perkara Yang Memberi Menafaat Utk Anak2 kite Semua🌸

Wednesday, June 29, 2016

Majlis Khatam Quran, Tahlil, Ifthor Jam'i & Sumbangan Raya

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
💐💐💐💐
💥💥Program Penyerahan Zakat & Sumbangan Raya kpd faqir/miskin & Pelajar Tahfiz yg layak bakal di adakan pd 29/6/2016🗓💞

👉Sehubungan itu pihak Tahfiz Darussunnah berbesar hati mengajak Muslimin dan Muslimat turut serta dlm program ini..

🌹Bilangan individu yg layak menerima zakat bergantung kpd jumlah sumbangan yg terkumpul💰💰💰

📢Oleh itu, kami mengajak rakan2 sekelian yg berminat.. agar mewakilkan kepada kami harta zakat untuk diagihkan..😊😊

🌿Sila Hubungi : ☎019-9875531 (Ust Sham)👌👌

🎁Sumbangan anda boleh juga disalurkan terus ke akaun Darussunnah..
👉563055223944 Maybank.
(Darussunnah Resources)

جزاكم الله خيرا كثيرا.. وبارك الله فيكم

Sunday, February 28, 2016

JADUAL HARIAN PELAJAR


Waktu-waktu rehat pelajar adalah seperti berikut:

i . Waktu-waktu sembahyang fardhu :                    selama 20 minit
ii  Sarapan pagi dan rehat :                                      8.30 am hingga 9.30 am
iii Makan tengahari dan rehat :                               11.30 am hingga 02.30 pm
iv Riadah/ Sukan:                                                       05.00pm hingga 06.00pm
v Rehat dan tidur :                                                    10.00 pm hingga 4.45 am

Visi, Misi & Motto


Carta Organisasi


PENGENALAN TAHFIZ DARUSSUNNAH

Kita semua menyedari hakikat betapa perlunya masyarakat hari ini kembali didedahkan dengan suasana Al-Quran tuntutan syar’ie yang mampu menenang dan menyejukkan hati dengan hanya memerhatikan suasana dan mendengarkan bacaannya, apatah lagi jika membaca dan mengamalkannya.  Maka Pusat Pengajian Tahfiz  Al-Quran  Darussunnah yang menggunakan sistem yang sama dengan pusat pengajian tahfiz yang telah Berjaya melahirkan para huffaz seperti di kubang bujuk telah diwujudkan pada bulan November tahun 2015  demi melaksanakan perintah Allah dan Rasul serta para sahabat baginda Sallallahualaihi wasallam  juga para tabiin yang telah meneruskan perjuangan baginda selepasnya.

Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran ini juga dilihat sangat perlu kerana ianya dapat menambahkan bilangan penghafaz Al-Quran dengan lebih ramai dan mempunyai kemahiran hafazan yang tinggi serta  mampu memenuhi keperluan semasa di dalam dan di luar negara Islam pada masa akan datang. Selaras dengan tuntutan Islam yang menyeru dan mengajak para muslimin dan muslimat mengkaji, menghayati dan mengamalkan segala bentuk ajaran dan petunjuk Ilahi yang terdapat di dalam Al-Quran itu sendiri maka Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran Darussunnah ini secara tidak langsung menyediakan prasarana pendidikan Islam pada keseluruhannya yang akan dapat melahirkan individu Qurani yang mampu menguasai berbagai cabang ilmu, bukan sahaja ilmu Akhirat bahkan juga ilmu Dunyawi. Ini adalah kerana Al-Quran itu sendiri mengandungi khazanah ilmu yang tidak ternilai di dalamnya.

Penubuhan Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran Darussunnah  ini, bukanlah bertujuan untuk menyaingi mana-mana pihak atau mana-mana pertubuhan yang lain, tetapi lebih kepada Amar Makruf  Nahi Munkar atau mengajak kepada kebaikan mencegah daripada melakukan kemungkaran yang mana penubuhannya adalah atas dasar Iman, amal dan taqwa. Dengan itu ianya menetapkan bahawa Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran Darussunnah ini bukanlah milik individu tertentu tetapi lebih kepada kepentingan masyarakat muslim setempat sebagai perlaksanaan fardhu kifayah. Disamping itu penubuhan Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran Darussunnah ini dapat mengimarahkan surau di kawasan tersebut dengan pengisian program pembacaan dan hafazan Al-Quran Berhalaqah setiap hari terutama dalam bulan-bulan Ramadhan. Dengan ini orang tempatan akan dapat mengambil faedahkerohanian apabila mereka bersama-sama mengambil bahagian bersama pelajar tersebut.

Pusat Pengajian Islam dan Tahfiz Al-Quran Darussunnah berjalan dan beroperasi dengan hasil perniagaan dibawah syarikat Darussunnah Sdn Bhd dan hasil sumbangan orang ramai. Cadangan penubuhan tahfiz dan pengajian islam ini adalah suatu usaha murni bertujuan menghidupkan ruang pendidikan agama kepada masyarakat secara lebih meluas. Dalam dunia yang dilanda arus globilasasi atau tanpa sempadan ini pendidikan Al-Quran dan pembelajaran kitab-kitab turath khususnya amat penting untuk membina masyarakat yang faham tentang Islam yang sebenar iaitu berpegang teguh dengan manhaj Ahlussunnah Waljamaah berdasarkan Mazhab Syafie dari sudut hukum hakam dan Aliran Asya’irah dan Al-Maturidiyyah dari sudut Aqidah sebagaimana pegangan ulama’ tersohor di nusantara mahupun dimana-mana ketika masa dahulu, demi melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab atas agamanya (menganut aqidah Islam yang sebenar), bertolak ansur dan berkasih sayang serta  berfikiran terbuka sekaligus memenuhi apa yang dituntut oleh Allah Subhanahu wata’ala.

Penubuhan tahfiz ini bertujuan melahirkan generasi wasatiyyah yang berupaya menghafaz Al-Quran sepenuhnya disamping berkemahiran dalam ilmu agama, baik dari sudut aqidah , feqh, tasauf dan subjek-subjek lain,

moga mendapat limpah rahmat Ilahi.
Amin.. Ya Rabbal A’lamin..
>

Komen Terkini

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog
 

Posts & Comments

get this

Follow by Email

Trafik

 
Blogger Templates